OPR ibarat suntikan dos ubat

in Nasional by

BNM akui keputusan untuk menaikkan OPR bukan satu perkara yang mudah. Gambar kecil: Nor Shamsiah

SHAH ALAM – Keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bukan suatu keputusan yang mudah untuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, bank pusat amat peka dengan kenaikan OPR kerana boleh membawa impak yang kurang memuaskan kepada golongan tertentu.

Menurutnya, bagaimanapun kenaikan OPR secara terkawal dan beransur-ansur ini sangat diperlukan bagi mengelakkan risiko peningkatan mencanak kadar inflasi akibat peminjaman serta perbelanjaan yang berlebihan atau melampau yang akan mengakibatkan harga barang terus naik dengan lebih tinggi.

Baca berita eksklusif di Sinar Premium.