Setengah jam tahan sakit, kaki tersepit jeriji longkang

in Berita Semasa by

Seorang remaja OKU cedera pada kaki kiri akibat tersepit pada jeriji longkang di sebuah sekolah di Desa Petaling pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja kurang upaya mengalami kecederaan di kaki kiri akibat tersepit pada jeriji longkang di sebuah sekolah di Desa Petaling, di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada jam 9 pagi tadi.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki remaja perempuan berusia 16 tahun berkenaan dengan menggunakan peralatan ‘power unit’ dengan selamat.

“Pasukan penyelamat mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit,” menurut kenyataan pada Jumaat.

PGOKL memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan ringan pada kaki kiri menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini.