Tuntutan palsu: SPRM tahan kakitangan GLC bantu siasatan

in Berita Semasa by

Azmi Alias

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang kakitangan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM10,000.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 39 tahun itu ditahan pada jam 10 pagi Jumaat, selepas hadir memberi keterangan.

Difahamkan, pada tahun 2017 hingga 2019, suspek telah mengemukakan tuntutan palsu kepada GLC terbabit berkaitan pelaksanaan program di sebuah daerah di Johor, sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.