MPP PKR akan pastikan parti pimpinan Anwar terus relevan

in Politik by

Hantaran Facebook Maszlee pada Sabtu.

SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan tekad bagi memastikan parti dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus relevan di negara ini.

Ahli MPP, Dr Maszlee Malik berkata, mereka akan menjadikan parti itu pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air.

“Ahli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menambah, MPP PKR akan sentiasa berdiri teguh bersama Anwar yang merupakan Perdana Menteri.

“Untuk memastikan keutuhan Kerajaan Perpaduan dan penerusan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Maszlee turut mendedahkan tentang pesanan dibuat oleh Anwar padanya.

Kata Maszlee, Anwar berpesan agar bersiap sedia kerana cuti sabatikalnya akan berakhir.