Taman tema Bertam Souk dibenarkan operasi semula

in Edisi Utara by

Taman Tema Air Bertam Souk dibuka semula selepas ditutup pada 28 Disember lalu.

KEPALA BATAS – Taman Tema Air Bertam Souk yang sebelum ini diarahkan tutup oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kini dibenarkan kembali beroperasi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan MBSP pada Sabtu memaklumkan permohonan lesen Bertam Souk & Water Park telah pun diluluskan.

“Lesen Premis Dan Lesen Hiburan untuk taman tema telah diluluskan pada 6 Januari iaitu pada tarikh yang sama mereka mendapat kelulusan CCC (Penyiapan dan Pematuhan) untuk taman tema tersebut.

“MBSP mengharapkan dengan pembukaan semula taman tema ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung dan menjadi tarikan pelancongan yang baharu dikawasan Seberang Perai,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan MBSP telah mengarahkan Taman Tema Air Bertam Souk & Water Park ditutup pada 28 Disember lalu kerana beroperasi tanpa lesen.

MBSP dalam kenyataan memaklumkan, taman tema yang baru dibuka pada 15 Disember lepas itu telah dikeluarkan notis supaya pihak pengurusan menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998.