Covid-19 catat 571 kes baharu, empat kematian

in Khas by

Sebanyak 571 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negara setakat 7 Januari 2023. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 571 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 5,029,908.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, terdapat empat kematian yang dicatatkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,874 orang daripada lebih lima juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 11,431 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 10,812 pesakit dikuarantin di rumah, manakala 585 menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 34 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 551 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,981,603.