Isu kerakyatan anak: Kertas Jemaah Menteri ke kabinet bulan depan

in Nasional by

Saifuddin Nasution – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Kertas Jemaah Menteri berhubung pindaan pada Bahagian II Jadual Ke-2 Perlembagaan Persekutuan berhubung isu kewarganegaraan anak kepada wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing yang lahir di luar negara dijangka akan dibawa ke kabinet seawal Februari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, satu jawatankuasa bagi meneliti perkara itu telah ditubuhkan.

“Hasrat kami untuk mengangkat kertas jemaah menteri bagi dimuktamadkan di peringkat kabinet,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL