MBK rekod 52 kompaun lori cemarkan jalan

in Edisi by

Beberapa notis arahan pengalihan kereta buruk turut dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa MBK kepada pemilik kenderaan.Penguatkuasa MBK mengeluarkan 52 kompaun kesalahan mengotorkan jalan terhadap syarikat pengangkutan awam di kawasan Perindustrian Gebeng.

KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) merekodkan 52 kompaun membabitkan kutipan berjumlah RM52,000 terhadap syarikat pengangkutan kerana mengotorkan jalan awam di kawasan Perindustrian Gebeng.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, kompaun itu dikeluarkan bermula 27 Disember 2022 sehingga Khamis minggu lalu.

“Kompaun paling banyak dikeluarkan pada 27 Disember lalu membabitkan 14 kompaun yang dianggarkan bernilai RM14,000, diikuti 29 Disember (RM11,000) seterusnya pada 28 dan 30 Disember masing-masing lapan dan tujuh kompaun.

“Pada 4 dan 5 Januari tahun ini sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan membabitkan nilai RM12,000,” katanya pada Isnin.

Beliau menjelaskan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 47 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.

**media[2050724]**

Selain itu, katanya, pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan syarikat pengangkutan jalan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan.

Dalam perkembangan lain, Norkamawati berkata, pemantauan kereta buruk di kawasan perumahan Sungai Karang Darat dan Taman Sri Mahkota Permai turut dilakukan.

Menurutnya, susulan itu, beberapa notis arahan pengalihan dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa MBK kepada pemilik kenderaan.

” Kegagalan untuk berbuat demikian boleh disabitkan di bawah seksyen 46 Akta it Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Norkamawati berkata sepanjang 1 hingga Ahad, sebanyak 8 kenderaan diberikan notis.

“Daripada jumlah itu sebanyak enam kenderaan akan disita manakala bakinya dua lagi sudah ditebus pemilik dengan bayaran RM300,” katanya.