Satelit AS mungkin jatuh di sekitar Semenanjung Korea

in Global by

Gambar hiasan – Foto 123RF

SEOUL – Kementerian Sains Korea pada Isnin memberi amaran bahawa satelit Amerika Syarikat yang ditamatkan operasinya berkemungkinan jatuh di Semenanjung Korea dan kawasan persekitarannya lewat hari ini.

Dilancarkan pada 1984, Earth Radiation Budget Satellite (ERBS) jatuh ke bumi selepas menyelesaikan misinya selama beberapa dekad untuk mengkaji bagaimana bumi menyerap dan memancarkan tenaga daripada matahari, lapor Yonhap.

Kementerian Sains dan ICT berkata, ERBS dijangka terhempas ke Bumi antara 12.20 hingga 1.20 tengah hari, dan Semenanjung Korea termasuk dalam kawasan satelit itu akan jatuh.

Kementerian itu berkata, sebahagian besar daripadai satelit itu akan terbakar apabila memasuki semula atmosfera, namun meminta rakyat Korea supaya berhati-hati berkemungkinan beberapa komponen tidak musnah dan akan terjatuh di permukaan. – Bernama