Sistem digital selesaikan isu pengambilan pekerja Indonesia

in Nasional by

Anwar pada Forum Kepimpinan CTCorp mengenai topik ‘Hubungan Srategik Malaysia Indonesia: Cabaran dan Harapan’ di sini pada Isnin. -Foto Bernama

JAKARTA – Masalah berkaitan pengambilan pekerja Indonesia ke Malaysia akan dapat diselesaikan jika kedua-dua negara mengubah sistem sedia ada ke arah pendigitalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedia maklum mengenai isu tersebut dan memberi jaminan akan menyelesaikannya.

Menurutnya, langkah pertama adalah melaksanakan sistem digital sekaligus dapat menyelaraskan beberapa perkara seperti dokumen dan bayaran.

“Saya pasti ia boleh diselesaikan. Pertama sistem pemilihan itu harus dipertingkatkan kerana ada ejen memunggah kekayaan dengan mengenakan kos yang tinggi.

“Perubahan sistem harus berubah di Malaysia, Indonesia dan juga Bangladesh.

“Carilah bisnes lain, bukan perniagaan manusia. Bila buat pendigitalan, pekerja tidak perlu bayar ejen terlalu tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia sempena lawatan rasmi ke negara republik itu dipada Isnin.

Tambah Anwar, penyelesaian kepada permasalahan tersebut akan dimuktamadkan apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkunjung ke Malaysia yang dijangka pertengahan tahun ini.