Bekas penyelia ladang tak mengaku pedagang 5 beranak

in Video by

BERITA SEMASA 10 JANUARI 2023

– Seorang bekas penyelia ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa di sebuah ladang di Jempol antara tahun 2008 hingga 2021.

Tertuduh, L Jayaseelan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah memperdagangkan S Veerasamy dan isteri A K Rajeswarii serta dua anak V Shasikala, V Anbarasi dan menantu P Aridasan, bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa ladang untuk menyelesaikan hutang.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3VZUJZd

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa