Kekangan aset: Warga TUDM kekal miliki semangat juang tinggi

in Nasional by

Mohamad Hasan pada lawatan kerja ke Markas Operasi Udara dan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang hari ini. Foto Bernama

PETALING JAYA – Warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kekal memiliki semangat juang tinggi meskipun berhadapan kekangan aset yang berusia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Subang di sini hari ini, bagaimanapun berkata, kekangan itu tidak melemahkan semangat anggota untuk terus menjadi benteng utama, dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Saya berbangga dapat pasukan TUDM yang mantap, mempunyai semangat jati diri yang tinggi walaupun terdapat kekangan dalam kerja harian mereka, termasuk daripada segi kelengkapan aset ketenteraan dalam menghadapi ancaman,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja tersebut.

Dalam pada itu, beliau meminta warga TUDM untuk terus menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada semua perkhidmatan keselamatan, bagi memastikan kedaulatan negara terus dipelihara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima TUDM Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. – Bernama