KKDW sedia perangi kemiskinan bandar

in Nasional by

Ahmad Zahid bersalaman dengan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zambri Rambli yang turut hadir pada Majlis Sesi Sembang Santai KKDW Bersama Media di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu mempunyai hala tuju dan pendekatan baharu bagi memerangi kemiskinan di dalam bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan baharu yang diwujudkan perlu dibuat tanpa meminggirkan prinsip-prinsip asal kewujudan KKDW.

Menurutnya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) umpamanya agensi yang penting dalam KKDW.

“Melalui Akta Mara yang telah dibawa ke Parlimen pada tahun 1966, Mara telah berkembang begitu besar multi dimensional aproach.

“Segalanya dibuat untuk mempertingkatkan empat aspek utama yang menjadi misi kepada Mara iaitu pendidikan, keusahawanan, pengurusan dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sesi Sembang Santai KKDW Bersama Media di Menara Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL