Permohonan pekerja asing lulus tiga hari

in Nasional by

Permohonan pekerja asing bagi tujuh sektor utama akan diluluskan dalam tempoh tiga hari. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Majikan yang memohon pekerja asing bagi tujuh sektor utama diberi jaminan mendapat kelulusan dalam tempoh tiga hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kelulusan itu dibuat melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang dipersetujui dalam mesyuarat khas pengurusan pekerja asing pada Selasa.

“Kita namakan kelulusan bersyarat dan selepas diluluskan, ia akan proses naziran serta pemeriksaan berskala oleh agensi berkaitan,” katanya menerusi sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini.

AKAN MENYUSUL