Salah guna kuasa, pengarah syarikat direman

in Berita Semasa by

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman.

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat direman empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kerana disyaki menjadi proksi kepada pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini bagi mendapatkan projek bernilai lebih RM1 juta.

Perintah reman dikeluarkan Majistret R Salini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor pada jam kira-kira 11.35 malam pada Isnin selepas hadir memberikan keterangan.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.