140 ketua bahagian tak mahu jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan

in Politik by

Mohd Shafie ketika sidang akhbar di Royal Chulan sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 140 Ketua UMNO Bahagian sebulat suara tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata, mereka sepakat memohon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan perkara tersebut, kerana UMNO pada saat ini perlu diperkukuhkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“UMNO perlu bersatu, tidak perlu pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Grand Ballroom Royal Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

AKAN MENYUSUL