6 cedera serangan bersenjata di stesen kereta api Paris

in Global by

Anggota polis berkawal selepas berlaku serangan bersenjata di stesen kereta api Gare du Nord di Paris. – Foto AFP

ANKARA – Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan cedera dalam serangan di stesen kereta api di Paris pada pagi Rabu, kata Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.

Seorang suspek bersenjatakan pisau bertindak menyerang enam orang di stesen kereta api Gare du Nord termasuk seorang pegawai polis, Darmanin mengesahkan perkara berkenaan selepas melawat tempat kejadian.

Dua anggota polis bertindak melepaskan tiga das tembakan dan berjaya menahan suspek, lapor Agensi Anadolu.

“Penyerang dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kini sedang dirawat di sebuah hospital,” katanya.

Pendakwa Raya Paris melancarkan siasatan berhubung serangan itu.

Punca dan motif serangan masih tidak diketahui.

Gare du Nord merupakan stesen kereta api tersibuk di Eropah, dengan lebih 292 juta penumpang menggunakan perkhidmatan itu pada 2021, menurut data SNCF. – Bernama