Influenza A-H5: Kanak-kanak 9 tahun kes pertama di Ecuador

in Global by

Ecuador mengisytiharkan kecemasan kesihatan membabitkan haiwan selama 90 hari pada 30 November 2022, selepas virus influenza avian dikesan di ladang penternakan ayam.
QUITO – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun menjadi kes pertama dijangkiti virus influenza avian jenis A-H5 di Ecuador, lapor Xinhua memetik Kementerian Kesihatan Awam pada Selasa.

Kes dilaporkan berlaku di wilayah tengah Bolivar dan tiada jangkitan lain direkodkan setakat ini, menurut kementerian itu.

Kementerian turut mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah penularan dan penyebaran virus itu.

Ecuador mengisytiharkan kecemasan kesihatan membabitkan haiwan selama 90 hari pada 30 November 2022, selepas virus influenza avian dikesan di ladang penternakan ayam.

Vaksinasi terhadap penternak dan penjual telah dijalankan, manakala penduduk setempat telah dinasihatkan untuk menggunakan pelitup muka. – Bernama