'Telah lama UMNO abaikan undi bukan Melayu'

in Politik by

Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kehilangan undi Melayu, dan tiadanya undi bukan Melayu, adalah resipi kematian UMNO.

Menurutnya, dengan pendirian yang UMNO ambil, dalam menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan, mungkin akan membuka ruang, untuk masyarakat bukan Melayu, membina semula keyakinan kepada UMNO, bahawa UMNO adalah parti yang rasional.

“Telah lama kita abaikan, undi golongan bukan Melayu ini. Jadi, kita mesti meneroka, strategi lautan biru, jika kita ingin berkelangsungan.

“Maka UMNO mesti, meneroka potensi politik, yang bersesuaian dengan keadaan semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di sini pada Rabu.

Jelas beliau, sokongan masyarakat bukan Melayu, merosot dengan amat drastik, semenjak beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Sehingga dalam keadaan tertentu, kita tewas, kerana tidak mampu, mendapat walau lima peratus, sokongan daripada mereka,” katanya.