Ibu Chef Wan meninggal dunia

in Berita Semasa by

Chef Wan menerusi perkongsian di Instagram peribadinya.Noraini menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi Khamis. – Foto media sosial

KUALA LUMPUR – Ibu kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal, Chef Wan meninggal dunia awal pagi Khamis.

Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, beliau memaklumkan ibu tercintanya, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi Khamis.

“Dengan penuh rasa duka cita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagle.

“Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.

“Jenazah akan dipersiap untuk dikebumikan di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Alfatihah.

**media[2054252]**

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulilah,” tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.

Dalam hantarannya sebelum ini, Chef Wan memaklumkan ibunya sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di sebuah hospital.