'Saya maafkan 10 MP tarik sokongan' – Ahmad Zahid

in Politik by

Ahmad Zahid bersalaman dengan perwakilan Pemuda UMNO ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. – Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia memaafkan 10 ahli Parlimen daripada partinya yang menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau bersama-sama Lembaga Disiplin UMNO akan tetap memantau pergerakan ahli-ahli Parlimen terlibat.

“Oleh kerana perkara itu telah berlalu dan kini mereka telah bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan, saya telah memaafkan apa yang telah berlaku.

“Saya akan terus bersama-sama dengan Lembaga Disiplin melakukan pemantauan terhadap pendirian mereka sama ada mereka melakukan mana-mana gerakan.

“Tetapi saya yakin mereka akan tetap bersama-sama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mendokong Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Khamis.

AKAN MENYUSUL