Usaha mengesan kru kapal jatuh laut diteruskan

in Berita Semasa by

Mangsa Syaefullah, 27, seorang lelaki warga Indonesia dikatakan terjatuh ke dalam laut sekitar perairan Pulau Ketam pada Selasa.Laporan Sinar Harian.

KLANG – Usaha mencari dan menyelamat kru Kapal FV Shuenn Man No.23 yang terjatuh di laut di sekitar perairan Pulau Ketam pada Selasa diteruskan melibatkan sektor pencarian seluas 59.38 batu nautika persegi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, pencarian yang memasuki hari ketiga ini disambung kira-kira jam 7 pagi.

“Keluasan sektor pencarian adalah seluas 59.38 batu nautika persegi melibatkan aset bot Perkasa 36 dan KD Teguh Samudera.

“Cuaca di lokasi cerah dengan kelajuan angin sekitar 10 hingga 20 kilometer sejam dan operasi melibatkan 63 pegawai Maritim Selangor serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

**media[2054448]**

Pada Selasa, kru Kapal FV Shuenn Man No.23 yang terjatuh di laut di sekitar perairan Pulau Ketam di sini.

Mangsa Syaefullah, 27, seorang lelaki warga Indonesia dikatakan terjatuh ke dalam laut pada 10 Januari sekitar jam 10.57 pagi dan dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.