Lelaki cedera ditetak, kenderaan dilarikan

in Berita Semasa by

Rumah yang dimasuki tiga lelaki bertopeng sebelum mangsa ditetak dan kenderaannya dilarikan pada Rabu.Kenderaan milik mangsa yang dilarikan ditemui ditinggalkan dalam sebuah kebun getah di Felda Sungai Lui, Negeri Sembilan.Kenderaan dipercayai digunakan suspek yang berjaya dirakam kamera litar tertutup

BERA – Seorang lelaki cedera ditetak individu tidak dikenali menggunakan parang dalam kejadian samun di rumahnya di Kemayan di sini, Rabu lalu.

**media[2055682]**

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, tiga suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi turut melarikan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner milik mangsa.

**media[2055680]**

Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan N Kumaran berkata, sebaik maklumat diterima, anggota polis ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang berusia 56 tahun terbaring berlumuran darah dengan kesan cedera ditetak di lengan dan kaki.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan.

“Siasatan awal mendapati suspek yang memakai topeng memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang sebelum bertindak mencederakan dan melarikan kenderaan milik lelaki itu.

“Selepas kejadian, suspek bertindak melarikan diri ke arah Bahau, Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

N Kumaran berkata, hasil siasatan, polis berjaya menemui kenderaan milik mangsa yang ditinggalkan suspek dalam sebuah kebun getah di Felda Sungai Lui, Negeri Sembilan.

“Kes samun sehingga mendatangkan kecederaan itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di talian 09-2507999 bagi membantu siasatan,” katanya.