Moon Sik jadi pengendali The Red Warriors

in Sukan by

Moon Sik (kiri) dan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman. – Foto Facebook TRW Kelantan FC

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, Choi Moon Sik dilantik menjadi pengendali skuad The Red Warriors dalam saingan Liga Super Malaysia tahun ini.

The Red Warriors melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan, jurulatih kelahiran Seoul, Korea Selatan itu mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak terutama di beberapa negara Asia.

Kebolehan Moon Sik ditagih kerana pengalamannya membimbing beberapa kelab bola termasuk menjadi barisan jurulatih bagi pasukan kebangsaan Korea Selatan.

“Beliau juga merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Korea Selatan dan bermain di beberapa siri perlawanan dunia seperti Kelayakan Piala Dunia 1998, Piala Dunia USA 1994 serta kejohanan Olimpik Barcelona 1992,” kata kenyataan itu.

Jurulatih berusia 52 tahun itu pernah diberi kepercayaan menjadi Ketua Jurulatih Daejeon Hana Citizen FC, Korea Selatan; Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Korea Selatan B16 dan Pembantu Ketua Jurulatih Yanbian Funde FC, China.

Kenyataan itu turut memberitahu, pencapaian beliau adalah pernah terlibat di Juara Sukan Asia Incheon dan Juara King’s Cup Thailand serta Sukan Asia Incheon.