Mualaf jual kaligrafi Arab curi tumpuan PAU 2022

in Nasional by

Hassan ketika menulis kaligrafi di reruainya ketika Perhimpunan Agong UMNO 2022 pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Seni penulisan bentuk kaligrafi Arab yang dijual oleh seorang mualaf berketurunan Cina meraih tumpuan perwakilan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2022 pada Sabtu.

Mengetengahkan konsep khat ringkas dan berkualiti, Hassan Bai, 57 berkata, idea kaligrafi itu tercetus kerana minatnya yang mendalam terhadap keindahan agama Islam serta ayat-ayat suci Al-Quran, di mana penuh dengan mesej-mesej kandungan tersurat.

Hasil seni khat berkenaan dijual berdasarkan saiz tulisan dan boleh mencecah daripada serendah RM10 hingga RM200.

Hassan yang berbangsa Cina Muslim itu berkata, selain daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis, dia turut menawarkan perkhidmatan menghasilkan kaligrafi nama kepada para pelanggan yang berkunjung ke gerainya.