Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelaras antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco Luar Bandar (Mexclub), di sini pada Khamis.
PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa nasib individu lain selain bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, malam esok.
Jelasnya, ia merupakan sebahagian daripada langkah pembersihan besar-besaran di dalam parti itu seperti diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.
“Apabila besar-besaran itu maknanya adalah (individu lain). Mana yang terasa atau belum terasa Insya-ALLAH esok malam akan terasa,” katanya.
AKAN MENYUSUL