Banjir Sabah makin pulih, mangsa di PPS berkurangan

in Berita Semasa by

Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Situasi banjir di Sabah dilihat mulai pulih apabila hanya seramai 1,723 mangsa yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 malam Sabtu.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, hanya PPS di tiga daerah iaitu Paitan membabitkan seramai 333 mangsa, Pitas (1,348) dan Lahad Datu (42) yang masih beroperasi ketika ini.

Sementara itu, PPS di tiga daerah telah ditutup iaitu Kota Marudu, Telupid dan Tawau selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Laporan itu juga menyatakan bahawa trend semasa banjir di Sabah semakin menurun.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 10,346 penduduk dari enam daerah yang terjejas telah dipindahkan ke PPS.