PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

February 2023

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di beberapa negeri

in Berita Semasa by

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan peringkat bahaya dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Johor sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada 10 malam ini memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk juga dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan serta Melaka sehingga Khamis.

Hujan lebat berterusan peringkat waspada pula dijangka berlaku di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang serta Terengganu dan Selangor sehingga esok.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah serta Bintulu) juga diramalkan mengalami cuaca serupa. – Bernama

'Nasi lemak naik harga, tapi gaji tak naik' – DDNK

in Nasional by

Nazri (kanan) bergandingan bersama Azli (tengah) pada Wacana Sinar siri 386 bertajuk ‘Bajet 2023: Buah tangan terindah atau…’ yang dikendalikan penyampai Astro Awani, Irfan Faruqi sebagai moderator pada malam Selasa.Nazri ketika menjadi panelis Wacana Sinar siri 386 bertajuk ‘Bajet 2023: Buah tangan terindah atau…’ yang dikendalikan penyampai Astro Awani, Irfan Faruqi sebagai moderator pada malam Selasa.

SHAH ALAM – Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan meminta kerajaan menilai semula kadar gaji minimum di negara ini yang didakwa tidak sepadan dengan kenaikan harga barang hingga membebankan rakyat.

Nazri atau lebih dikenali sebagai DDNK berkata, biarpun harga barang naik namun gaji pekerja bawahan masih lagi pada kadar yang sama.

“Nasi lemak pun naik harga, kalau di Shah Alam nasi lemak RM3, telur potong 16 tetapi kenapa gaji kita tak naik dua kali ganda? Itu persoalannya. Perkara itu yang selalu makcik-makcik, pakcik-pakcik dan rakyat marhaen tanya.

”Walaupun kerajaan lazimnya beritahu gambaran yang baik dari segi ekonomi. Contohnya bila cakap tentang pertumbuhan ekonomi Malaysia catat pertumbuhan 5, 6 peratus tapi akhirnya adakah orang bawah dapat merasa?,” soalnya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar siri 386 bertajuk ‘Bajet 2023: Buah tangan terindah atau…’ yang dikendalikan penyampai Astro Awani, Irfan Faruqi selaku moderator yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.

**media[2110614]**

Turut bergandingan bersama beliau selaku panelis adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, rakyat bawahan selalu mempertikaikan data dan angka yang diberikan kerajaan kerana mereka tidak menikmati kesan ekonomi seperti dimaklumkan.

“Bagi saya pertama sekali kita (kerajaan) kena jaga gaji orang bawah dan produktiviti. Penggunaan teknologi itu kemudianlah,” ujarnya.

Menurutnya, untuk membantu rakyat, pelaksanaan setiap perancangan kerajaan perlu dilakukan dengan jitu dan berkesan.

Tegas Nazri, Malaysia juga perlu mempunyai acuan yang jelas dari segi hala tuju ekonomi agar tidak terus terjerat dalam perangkap negara berpendapatan pertengahan.

“Sekarang masih tak ada acuan yang jelas daripada menteri-menteri tentang hala tuju ekonomi Malaysia dan negara mana yang menjadi model untuk dicontohi,” ulasnya.

Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak

in Edisi by

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1444H/2023M di sebuah hotel malam ini. -Foto Bernama

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penutup serta penyampaian hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri yang berlangsung dua hari, bermula semalam di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di sini malam ini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Idris Shah, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzillah Abdul Halim.

Mohd Kamaruzaman Daud muncul johan qari manakala Nurul Syafiqah Nardi pula johan qariah dengan masing-masing meraih hadiah wang tunai RM10,000, replika ukuran cupak Nabi SAW berserta pakej menunaikan haji, hadiah iringan dan sijil.

Naib johan qari dimenangi Mohd Sahran Termizi dan Mohd Ashaari Lemaan di tempat ketiga, manakala naib johan qariah dimenangi Norhazira Nabila Mohammad Kamel dan Puteri Kalimatul Azzua Hamid di tempat ketiga.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta sijil dan hadiah iringan.

Bagi hafazan pula, Muhammad Adib Ahmad Rozaini muncul johan qari bagi kategori 1-30 juzuk manakala qariah hafazan pula dimenangi adiknya, Aqilah Sulhi Ahmad Rozani dengan dua beradik itu meraih hadiah wang tunai RM10,000, replika ukuran cupak Nabi SAW berserta pakej menunaikan haji, hadiah iringan dan sijil.

Pemenang bakal mewakili Perak ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Arena Butterworth, Pulau Pinang pada Jun depan. – Bernama

Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak

in Edisi Perak by

Rafizi tidak tolak kemungkinan GST dilaksana semula

in Nasional by

Rafizi Ramli – Foto Awani

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mungkin akan dilaksanakan semula apabila sudah tiba masanya, kata Rafizi Ramli.

Menurut Menteri Ekonomi itu, pelaksanaan semula GST seharusnya bersifat lebih progresif.

“Pandangan saya mengenai GST ialah apabila tiba masanya, ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat tetapi sebelum itu, kita mempunyai laluan yang mencukupi untuk tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang untuk memperbaiki perkara yang berada dalam kawalan kita.

“Sebagai contoh, kita (kerajaan) mampu menguruskan perbelanjaan kita dengan lebih baik kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi menjelaskan, pelaksanaan semula GST itu tidak seharusnya dijadikan sebagai langkah kerajaan untuk meraih tabung kerajaan yang lebih tinggi.

“Kadar GST boleh dinaikkan dengan mudah daripada 5 peratus kepada 20 peratus jika kerajaan tidak membetulkan isu berkaitan tadbir urus, perbelanjaan dan kecekapan belanjawan.

“Ini hanya akan menyebabkan belanjawan negara dan kewangan awam dalam keadaan lemah yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada forum ekonomi anjuran alumni penjawat awam di ibu negara pada Selasa.

Tambahnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan sebelum keputusan untuk melaksanakan semula GST dengan lebih berkesan dan bukan sekadar untuk meraih kutipan cukai yang lebih tinggi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula GST yang telah dimansuhkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). – Awani

1 2 3 895
Kembali UTAMA