Anwar (tengah) pada sidang media selepas mempengurusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan, pada Selasa.
KUALA LUMPUR – Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Selasa bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, jawatankuasa terlibat adalah Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.
“Jawatankuasa ditetapkan ini ada tiga (iaitu) Jawatankuasa Strategi, kedua Jawatankuasa Pilihan Raya, menumpukan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan bila-bila masa dan jawatankuasa ini tentunya akan merencanakan hal-hal PRN.
“Ia meliputi pembahagian kerusi dan menumpukan kegiatan mereka untuk pastikan kita punyai tapak yang kukuh dalam menghadapi PRN.
“Suatu hal disepakati yang sangat positif bagi saya (adalah) kesepakatan dan komitmen semua parti termasuk Sabah dan Sarawak untuk membantu sebagai satu pasukan,” katanya pada sidang media selepas mempengurusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Selasa.
AKAN MENYUSUL