Malaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria

in Nasional by

Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menyalurkan lebih AS$2 juta kepada Turkiye dan Syria susulan gempa kuat berlaku di negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut termasuklah sumbangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebanyak AS$1 juta dan kerajaan Malaysia AS$1 juta.

“Majlis Agama Wilayah Persekutuan akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.

AKAN MENYUSUL