UMNO belum terima surat rayuan Hishammuddin, Maulizan

in Politik by

Ahmad Zahid – Foto Bernama

PUTRAJAYA – UMNO belum menerima sebarang surat rayuan daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Datuk Maulizan Bujang yang kini digantung keahlian selama enam tahun.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya terdapat permohonan rayuan, surat tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan.

“Setakat ini saya tidak terima,” katanya menerusi sidang akhbar sempena perhimpunan bulanan Kementerian kemajuan Desa dan Wilayah di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL