PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

March 2023

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

in Bisnes by

Gambar hiasan – Foto 123RF

RINGGIT meneruskan keuntungannya untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana pasaran menjangkakan RIzab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah, kata seorang ahli ekonomi.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4690/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4830/4885 yang direkodkan semalam.

Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran nampaknya menjangkakan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) akan cenderung menurunkan kadar faedah berikutan perkembangan semasa industri perbankan AS.

“Keputusan untuk menurunkan kadar faedah ini menjelaskan kenapa dolar AS diniagakan dalam jajaran kecil hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata, pasaran sudah mula membahagikan isu perbankan AS dan Kesatuan Eropah (EU), risiko berkenaan tidak merebak ke Asia.

“Apa yang penting dalam pasaran pertukaran asing, ia dianggap sebagai kejutan menurunkan kadar faedah oleh Fed.

“Justeru, ringgit didagangkan lebih kukuh kerana penurunan kadar faedah AS dijangka akan berlaku sebelum akhir tahun,” katanya.

Innes berkata, tumpuan kini beralih kepada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Rabu ini, sama ada mengekalkan kadar faedah atau menaikkannya sebanyak 25 mata asas tetapi dasar monetori oleh bank pusat akan menjadi perkara paling penting.

“Jika Pengerusi Fed Jerome Powell memilih untuk menurunkan kadar faedah maka ringgit akan meningkat bagaimanapun menjelang pengumuman itu kenaikan ringgit mungkin akan dihadkan,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4759/4789 daripada 5.4657/4724 ketika ditutup semalam dan turun berbanding euro kepada 4.8028/8055 daripada 4.7843/7901, bagaimanapun ia melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.3807/3829 daripada 3.4177/4224 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0166/0311 daripada 13.1408/1631 pada Isnin dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 291.10/291.50 daripada 291.80/292.30 sebelumnya.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3423/3444 daripada 3.3408/3454 semalam dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.21/8.22 daripada 8.20/8.21 sebelumnya. – Bernama

Wanita terperangkap, rumah dihempap pokok tumbang

in Edisi by

Keadaan rumah Rezal yang dihempap pokok tumbang. (Gambar kecil: Rezal)Kejadian pokok tumbang di Taman Desa Riang pada Isnin.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam rumahnya yang dihempap empat batang pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan ribut petir di Taman Desa Riang, Damansara Damai di sini pada malam Isnin.

Suami mangsa, Rezal Ibrahim, 49, berkata, isterinya tidak dapat keluar selepas bahagian depan dan belakang rumah rosak dan terhalang oleh pokok berkenaan.

Rezal yang ketika itu berada di luar memberitahu terpaksa berjalan kaki sejauh 700 meter untuk pulang ke rumah selepas jalan utama turut terhalang susulan kejadian sama.

“Saya selaku pengerusi surau ketika itu sedang bermesyuarat bagi persiapan Ramadan.

“Sebaik dihubungi isteri, saya terus pulang ke rumah, namun lebih kurang lima batang pokok tumbang di jalan utama Jalan Sutera ke Desariang 10/5 menyebabkan kenderaan tidak boleh dilalui.

“Saya ambil keputusan untuk jalan kaki pulang ke rumah bagi melihat keadaan isteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Rezal memberitahu mengalami kerugian lebih RM5,000 susulan kejadian tersebut, namun bersyukur isterinya terselamat.

Ujarnya, kejadian berlaku sekitar jam 9.45 malam, namun agensi penyelamat lewat tiba disebabkan banyak lokasi terjejas susulan kejadian tersebut.

**media[2134899]**

“Sementara menunggu pasukan penyelemat tiba, kami penduduk melakukan kerja pembersihan bermula jam 10.30 malam hingga lewat pagi.

“Kerja pembersihan masih lagi dijalankan ketika ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Norzela Yaakub, 60, berkata, walaupun ribut petir dan hujan lebat berlaku kurang 30 minit, namun situasi tersebut sudah cukup mencemaskannya yang ketika kejadian berada di rumah bersama suami.

“Bunyi bising dan berlaku litar pintas sampai saya tidak sedar bahagian tempat letak kereta rumah telah dihempap pokok.

“Ada penduduk beritahu ternampak puting beliung yang menyebabkan banyak pokok tumbang, namun saya tidak pasti kerana berada dalam rumah,” katanya.

Norzela mengakui trauma dengan kejadian pertama kali berlaku di kawasan perumahan itu, namun bersyukur tiada penduduk terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam masa sama, Norzela turut berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membuat pemantauan dan melakukan penebangan pokok berisiko dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Pada Isnin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat memberitahu, tujuh rumah dan enam kenderaan rosak akibat dihempap 15 pokok tumbang di Taman Desa Riang, Damansara Damai.

Seramai 29 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Wanita terperangkap, rumah dihempap pokok tumbang

in Edisi Selangor KL by

Bekalan telur dijangka meningkat dua kali ganda di Perak

in Edisi by

Mohd Zolkafly (kanan) bersama Noorsham membantu jualan sesi Happy Hour bagi telur yang dijual RM10 sepapan sempena pelancaran Jualan Ramadan Madani di Pasar Tani Tapah pada Selasa.
Mohd Zolkafly (kanan) bersama Noorsham melakukan gimik pelancaran Jualan Ramadan Madani di Pasar Tani Tapah pada Selasa.

TAPAH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak telah membekalkan 290,000 biji telur tambahan di negeri ini sejak Disember lepas susulan krisis kekurangan bekalan itu di pasaran negara.

Pengarah FAMA Perak, Noorsham Ramly berkata, bekalan sekitar 72,000 biji sebulan itu disediakan menerusi pengaturan pasaran bersama pengeluar tempatan dan negeri lain bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Buat masa sekarang bekalan telur di Perak mencukupi kerana untuk menampung keperluan itu, kita juga ada mengambil bekalan dari negeri-negeri lain contohnya dari Melaka.

“Sejak Disember hingga Mac ini sahaja, sudah 290,000 biji telur telah diedarkan,” katanya ketika ditemui pemberita sempena pelancaran Jualan Ramadan Madani di Pasar Tani Tapah di sini pada Selasa.

Hadir merasmikan program berkenaan, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

**media[2134865]**

Noorsham berkata, permintaan bagi bekalan telur sepanjang bulan Ramadan dan Syawal dijangka meningkat dua kali ganda mencecah 145,000 biji berbanding 72,000 biji.

“Saya dimaklumkan bekalan sepanjang musim perayaan ini mencukupi. Kalau ada keperluan kita akan gerakkan logistik dapatkan dari negeri lain untuk pastikan bekalan mencukupi untuk Perak,” katanya.

Sementara itu, di Perak terdapat 12 lokasi terlibat dalam Jualan Ramadan Madani yang menyediakan pengurangan harga antara lima hingga 10 peratus bagi komoditi terpilih dan Happy Hour.

Selain Tapah, pasar tani terlibat ialah di Agrobazaar Semanggol, Agrobazaar Trong, Agrobazaar Taman Jana, Pasar Tani Kekal Lekir dan Pasar Tani Tanjung Malim.

Selain itu, Agrobazaar Mat Frozen, Pasar Tani Gerik, Pasar Tani Seri Iskandar, Pasar Tani Kuala Kangsar, Pasar Tani Kampung Simee dan Pasar Tani Medan Gopeng.

Mohd Zolkafly berkata, nilai jualan mencecah RM1 juta disasarkan daripada keseluruhan program berkenaan sepanjang Ramadan ini.

“Kita juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) untuk membantu masyarakat mendapatkan telur, ayam, sayur dan buah-buahan dengan harga penjimatan,” katanya.

Bekalan telur dijangka meningkat dua kali ganda di Perak

in Edisi Perak by

MBSB lancar aplikasi M Trade permudah pembiayaan kewangan

in Bisnes by

Nor Azam berucap pada majlis pelancaran M Trade di Petaling Jaya pada Selasa.

MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) secara rasmi melancarkan aplikasi mudah alih M Trade pada Selasa bagi memudahkan urusan pembiayaan kewangan kepada para pelanggannya di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bank tersebut, Datuk Nor Azam M Taib berkata, menerusi aplikasi tersebut, pengguna dapat menjalankan segala urusan transaksi dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Ujar beliau, ia juga dilengkapi ciri keselamatan meyakinkan iaitu sistem biometrik cap jari dan pengecaman wajah sebelum dapat diakses

“Aplikasi ini turut memudahkan dokumentasi perniagaan pelanggan daripada kalangan perusahaan eksport dan import. Mereka hanya perlu imbas dokumen bagi urusan penghantaran, ia dapat diselesaikan dengan segera.

“Kalau sebelum ini, cara yang digunakan agak tradisional, mereka perlu pos surat itu ke cawangan kami yang berdekatan. Tetapi kini tidak lagi,” katanya kepada media semasa Majlis Pelancaran Aplikasi M Trade di Petaling Jaya pada Selasa.

Beliau menambah, sekiranya terdapat perusahaan yang belum bersedia, kaedah lama masih diguna pakai.

“Mereka boleh tempah urusan penghantaran itu menerusi aplikasi ini juga dan pihak bank akan menghantar staf untuk menguruskannya, jadi tiada masalah di situ,” jelasnya.

Kata Nor Azam, inovasi yang dikembangkan oleh MBSB Bank itu secara tidak langsung menjadi satu faktor utama pengembangan perniagaan mereka dan juga para pelanggan.

Beliau dalam perkembangan lain masih meneliti sasaran keuntungan yang ingin dicapai menerusi kemunculan aplikasi berkenaan.

“Sebelum ini sasarannya sekitar RM16 bilion namun tetapi terkini kita sudahpun mencapai RM23 bilion keuntungan melaluinya, jadi kita tengok balik perkara ini untuk buat perangkaan baharu,” ujarnya.

Pengguna yang berminat boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi Apple App Store dan Google Play.

Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama bidang baharu

in Nasional by

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kanan) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kiri) berkenan bergambar bersama Presiden Singapura Halimah Yacob (dua, kiri) dan suaminya Mohamed Abdullah AlHabshee ketika Istiadat Sambutan Lawatan Negara di Istana Negara. – Foto Bernama.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura boleh mengembangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, ekonomi hijau serta keterjaminan makanan.

Seri Paduka bertitah Singapura secara konsisten kekal sebagai antara rakan dagangan utama Malaysia di mana republik itu adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan sebaliknya.

“Adalah menjadi harapan beta agar hubungan yang erat ini akan terus mekar bagi mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada demi kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyat pada tahun-tahun akan datang,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Jamuan Negara bagi meraikan Halimah dan delegasinya Yacob di Istana Negara pada Selasa.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu.

Terdahulu, Halimah diberikan sambutan negara di Istana Negara sempena lawatan sulungnya selama tiga hari ke Malaysia yang bermula semalam.

Memandangkan kedua-dua negara sentiasa berkongsi hubungan yang utuh serta erat, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda yakin bahawa jalinan persahabatan yang kukuh antara rakyat Malaysia dan Singapura akan terus menjadi faktor penting yang membentuk teras dalam hubungan dua hala.

“Kita berkongsi silaturahim agak unik serta terikat dengan pelbagai faktor seperti perkongsian sejarah, persamaan budaya dan hubungan rakyat dengan rakyat termasuk perkaitan kekeluargaan,” titah baginda.

Sementara itu, sebagai anggota pengasas ASEAN, Seri Paduka bertitah Malaysia dan Singapura perlu terus menjalin kerjasama yang erat dalam mempromosi kestabilan dan keselamatan rantau ini serta menjadikan ASEAN sebagai kumpulan serantau yang dinamik.

Berhubung lawatan itu, Seri Paduka bertitah umpama aur dengan tebing, lawatan Presiden Singapura buat julung kalinya ke Malaysia adalah bukti hubungan kukuh serta persaudaraan erat antara kedua-dua negara dan rakyat.

“Adalah menjadi harapan beta agar lawatan negara ini akan memperkasa hubungan yang telah sekian lama terjalin dan membuka ruang kepada interaksi aktif Malaysia dan Singapura dalam meneroka pelbagai peluang dan bidang baharu serta mencari penyelesaian terbaik terhadap pelbagai perkara berbangkit,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar lawatan tersebut membawa kenangan manis kepada Halimah sambil mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada Presiden Singapura itu dan suaminya, Mohamed Abdullah Alhabshee.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong turut ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba kepada Puan Yang Terutama sekeluarga serta kepada rakyat Malaysia dan Singapura beragama Islam,” titah Seri Paduka. – Bernama.

Adamas laksana ujian pintar menjelang Sukan SEA, Sukan Asia

in Sukan by

Azura Abidin

AGENSI Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan meneruskan usaha membendung penggunaan bahan terlarang dalam kalangan sesetengah atlet, dengan melakukan ujian pintar menjelang dua temasya utama tahun ini, iaitu Sukan SEA dan Sukan Asia.

Pengarah Adamas, Azura Abidin berkata, mekanisme ujian pintar itu, akan memberikan tumpuan kepada sukan yang berisiko tinggi dalam penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.

“Ujian pintar ini merangkumi ujian urin dan darah, Athlete Biological Passport dan profil steroid. Kepada atlet-atlet yang akan terlibat di Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia Hangzhou, pengujian di luar pertandingan akan diadakan berdasarkan kepada mekanisme tersebut.

“Adamas telah menyediakan penjangkaan risiko dan membangunkan pelan agihan ujian bagi pelaksanaan program pengujian kawalan doping sepanjang tahun,” katanya.

Sukan SEA bakal berlangsung di Phnom Penh bermula 5 hingga 17 Mei ini, manakala Sukan Asia dijadualkan bermula 23 September hingga 8 Oktober ini di Hangzhou, China selepas ditangguhkan setahun kerana pandemik Covid-19.

Antara sukan yang mempunyai rekod penyalahgunaan bahan terlarang di Malaysia sejak 2016 ialah angkat berat yang dianggap kritikal, selain bina badan, olahraga, memanah, wushu, terjun, renang, badminton, bola sepak, judo, tinju, muay thai, hoki serta para powerlifting.

Sementara itu, Azura memberikan peringatan kepada semua atlet dan kakitangan sokongan untuk mengetahui peraturan dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia.

“Principle of Strict Liability terpakai kepada semua atlet, bermakna mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan darah mereka yang di kumpul semasa pengujian, tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.

“Para atlet juga harus memahami senarai larangan dan risiko penggunaan suplemen atau makanan tambahan,” katanya.

Sekiranya atlet perlu menggunakan bahan terlarang bagi tujuan perubatan, mereka perlu mengemukakan permohonan pengecualian penggunaan terapeutik kepada Adamas, namun ia tidak dibenarkan untuk tujuan meningkatkan prestasi.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus melaksanakan program pendidikan antidoping, termasuk seminar, program outreach, siri webinar dan penyebarluasan maklumat pendidikan melalui platfom digital menerusi Pelan Pendidikan Anti-Doping Adamas 2023, kepada atlet dan pegawai sukan.

“Kita menyeru semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) untuk bekerjasama erat dengan Adamas, bagi memastikan atlet menerima pendidikan antidoping untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran peraturan anti-doping di masa depan. Ini juga akan dapat membantu obligasi NSA kepada persekutuan sukan antarabangsa masing-masing,” katanya.- Bernama

Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2

in Nasional by

Gambar hiasan – Foto 123RF

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memuktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi kenyataan pada Selasa, Kementerian Kewangan berkata, inisiatif tersebut akan memberi kemudahan untuk ahli KWSP menggunakan baki simpanan dalam Akaun 2 sebagai sandaran bagi mendapatkan pembiayaan dari institusi perbankan.

“Inisiatif ini tidak akan membebankan rakyat kerana kadar faedah konvensional atau kadar keuntungan Islamik yang akan dikenakan oleh institusi perbankan yang terlibat dalam inisiatif ini dijangka di antara empat hingga lima peratus setahun,” kata kementerian itu.

Tambah MOF, kadar itu adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar lapan hingga 15 peratus.

“Inisiatif ini juga tidak bercanggah Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran melalui pengeluaran pada umur persaraan.

“Ini adalah selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan jangka panjang untuk melindungi dan menambah nilai simpanan ahli melalui pengisytiharan kadar dividen yang stabil dan mampan,” ujar MOF.

Maklumat terperinci mengenai inisiatif itu akan diumumkan oleh KWSP kelak.

Dalam pada itu, MOF menegaskan, kerajaan tidak akan pertimbangkan sebarang pengeluaran tambahan baharu simpanan KWSP kerana pengeluaran khas tersebut merupakan langkah untuk membendung impak Covid-19.

Malah, berdasarkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kesemua negara yang telah membenarkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabung persaraan mereka semasa pandemik telah pun memberhentikan fasiliti pengeluaran awal sejak 2021.

Lima lebuh raya boleh guna kad debit, kredit

in Nasional by

Pengguna jalan raya boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September 2023. Gambar kecil: Nanta Linggi

KUALA LUMPUR – Pengguna jalan raya boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September 2023.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka (open payment system) itu adalah inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan.

Menurutnya, lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

“Melalui pelaksanaan MLFF, open payment system akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya di Malaysia secara berperingkat dan akan membuka peluang kepada lebih ramai pihak pemberi kemudahan e-Wallet untuk turut serta dan tiada lagi monopoli oleh pihak Touch ‘N Go.

“Dengan itu, persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri yang akan membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah beliau, pembuktian konsep sistem MLFF akan dijalankan sebelum penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem tersebut sebelum dilaksanakan di lebuh raya seluruh negara.

Jelasnya, lokasi bagi pembuktian konsep masih dirundingkan dan bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat, sebelum pelaksanaan MLFF secara sepenuhnya dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

Pengumuman itu dibuat susulan perancangan dan perbincangan diadakan bersama pihak-pihak terlibat termasuk syarikat konsesi lebuh raya sejak awal tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan akan meneliti kembali monopoli sistem pembayaran, Touch n Go (TNG) di negara ini.

1 2 3 619
Kembali UTAMA