Permohonan Pejuang sertai PN ditolak

in Politik by

Hamzah
SHAH ALAM – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada Isnin yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat itu turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan semua wakil parti-parti anggota.

Hamzah berkata, pihaknya juga membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan selain menggunakan lambang parti Pas di Kelantan serta Terengganu.

AKAN MENYUSUL