PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

April 2023

KSM akan pinda proses pengiktirafan kesatuan sekerja

in Semasa by
KSM akan pinda proses pengiktirafan kesatuan sekerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membuat beberapa pindaan bagi proses pengiktirafan terhadap kesatuan sekerja untuk memberi ruang kepada pekerja memperjuangkan hak mereka dan mendapat keadilan. Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, perkara itu akan diberi perhatian oleh kerajaan memandangkan ada dalam kalangan majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja di tempat mereka. ”Saya difahamkan terdapat kes-kes yang majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja yang diterajui oleh pekerja dan ini merumitkan lagi usaha pekerja dalam memperjuangkan hak mereka,” katanya ketika berucap pada Fiesta di Ambang Malam Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini hari ini. Pada masa yang sama, katanya, kerajaan juga sedang mengkaji beberapa isu lain termasuk gaji kehidupan wajar, pencen pekerja swasta, jaminan pekerjaan, isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta isu perlindungan pekerja asing. Sivakumar berkata, kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu berkenaan sebaiknya sekali gus memastikan semua pekerja di negara ini mendapat perlindungan dan keistimewaan yang setimpal dengan sumbangan mereka. ”Isu perlindungan pekerja asing juga memerlukan perhatian dan tindakan lebih lanjut. Kita perlu memastikan bahawa semua pekerja asing di negara ini dilindungi oleh undang-undang dan diberikan hak yang sama seperti pekerja tempatan,” katanya. Beliau berkata selain itu, kerajaan akan bekerjasama dengan majikan yang perlu memastikan golongan pekerja berpendidikan rendah diberikan peluang untuk meningkatkan taraf pendidikan serta kemahiran kerja melalui latihan dan kursus. Langkah itu bagi membantu meningkatkan kemahiran pekerja berkenaan selain memberi mereka peluang mengisi jawatan yang lebih baik serta gaji yang lebih tinggi. Pada masa sama, beliau turut menyeru semua majikan di negara ini agar menghormati hak pekerja dan memastikan mereka dapat bekerja dalam persekitaran yang selamat dan kondusif. ”Kerajaan akan terus memperkenalkan dasar-dasar dan perubahan undang-undang yang memastikan keselamatan, kesejahteraan dan hak-hak pekerja dari semasa ke semasa,” katanya. – Bernama
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Mustahil untuk hapuskan miskin tegar

in Semasa by
Mustahil untuk hapuskan miskin tegar

SHAH ALAM – Sukar untuk kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini kerana ia tidak boleh dihapuskan secara mutlak, namun boleh mengurangkannya melalui pendekatan holistik. Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (Masa), Datuk Dr Madeline Berma berkata, kerajaan pada dasarnya perlu memastikan ekonomi negara bertumbuh pesat, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan lebih banyak setara dengan pendidikan rakyat. Menurutnya, ukuran kemiskinan di sesebuah negara adalah berdasarkan kemiskinan mutlak dan relatif. * Baca laporan penuh di Sinar Premium
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Bayern Munich pintas Borussia Dortmund

in Semasa by
Bayern Munich pintas Borussia Dortmund

PENYANDANG juara, Bayern Munich menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk menewaskan kelab tercorot Hertha Berlin 2-0 di Allianz Arena bagi memimpin semula Bundesliga dengan baki empat perlawanan. Gol daripada Serge Gnabry dan Kingsley Coman membantu The Bavarians memanfaatkan keputusan seri Borussia Dortmund di VfL Bochum pada Jumaat untuk melonjakkan semula ke tempat teratas dengan 62 mata. Sementara itu, Dortmund pula dengan 61 mata di tempat kedua diikuti Union Berlin ketiga dengan 56 mata bersama Freiburg di tempat keempat. Kemenangan itu juga menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan Bayern merentasi semua pertandingan, sambil menawarkan pengendali Thomas Tuchel sedikit masa yang diperlukan selepas pasukannya tersingkir dari Piala Jerman dan Liga Juara-Juara dalam beberapa minggu lalu. “Pada masa ini saya mempunyai perasaan yang semua orang mahukan dan semua orang sedar hakikat bahawa kami sebagai satu pasukan perlu meningkatkan prestasi. “Pasukan bola sepak perlu mempamerkan tenaga secara bersama. Saya gembira dengan cara kami meraikannya bermaksud kami tidak mengambil mudah segala-galanya “Ya, kadang-kadang pemain perlukan sedikit semangat, hari ini kami perlukan ketenangan kerana saya rasa semua orang sudah bersedia,” kata Tuchel, yang mengambil alih tugas pada akhir Mac daripada Julian Nagelsmann.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Newcastle United digamit Liga Juara-Juara

in Semasa by
Newcastle United digamit Liga Juara-Juara

NEWCASTLE United hampir pasti bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas dua gol Callum Wilson menyaksikan The Magpies bangkit menewaskan kelab tercorot Southampton 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium St. James’ Park pada Ahad. Bagaimanapun Newcastle yang berada di tempat ketiga sebelum itu digegarkan pada minit ke-41 apabila Stuart Armstrong meletakkan The Saints di hadapan. Namun Newcastle, yang tidak bermain dalam Liga Juara-Juara selama dua dekad, mendominasi separuh masa kedua dengan pemain gantian, Wilson membuat impak serta-merta dengan jaringan minit ke-54. Dia kemudian mendapat satu lagi gol, namun dibatalkan kerana ofsaid tetapi kelegaan Southampton tidak lama kerana gol sendiri heo Walcott minit ke-79 meletakkan anak buah Eddie Howe di hadapan. Dua minit kemudian Wilson, yang masuk pada separuh masa, memastikan tiga mata tuan rumah selepas menterjemahkan hantaran Alexander Isak pada minit ke-81. Kemenangan ke-18 liga Newcastle itu membolehkan The Magpies mengumpul 65 mata dengan baki lima perlawanan, 11 mata di depan Tottenham Hotspur yang berada di tangga kelima yang bermain di tempat ketujuh Liverpool pada Ahad. Southampton pula berada di hujung zon penyingkiran selepas selama sedekad di peringkat teratas dengan 24 mata dengan baki empat perlawanan, enam mata di belakang Nottingham Forest yang menduduki tempat ke-17.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Manchester City kembali terajui EPL

in Semasa by
Manchester City kembali terajui EPL

PENYANDANG juara Manchester City akhirnya kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak Februari selepas menang 2-1 ke atas Fulham di Craven Cottage, London pada Ahad. Pada masa sama bintang City, Erling Haaland turut melakar satu lagi pencapaian luar biasa apabila hanya mengambil masa tiga minit untuk menjaringkan gol ke-34 liga bagi menyamai rekod penampilan musim pertamanya selepas menyempurnakan sepakan penalti. Pencapaian itu menaikkannya setaraf dengan rekod musim penampilan pertama liga Alan Shearer dan Andy Cole. Pemain Norway itu juga menjadi pemain pertama dalam liga utama England yang menjaringkan 50 gol dalam semua pertandingan dalam satu musim sejak Tom Waring melakukannya untuk Aston Villa pada 1931. Bagaimanapun City diikat semula pada minit ke-15 apabila Carlos Vinicius melepaskan rembatan menewaskan Ederson. Percubaan Jack Grealish dinafikan palang sebelum penyerang Argentina, Julian Alvarez menewaskan Bernd Leno untuk kemenangan liga kelapan berturut-turut. Manchester City kini menduduki tempat teratas dengan 76 mata berbanding Arsenal 75 dan juga mempunyai satu perlawanan dalam tangan manakala Fulham kekal di tempat ke-10.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Skuad kriket wanita negara atasi Myanmar

in Semasa by
Skuad kriket wanita negara atasi Myanmar

SKUAD kriket wanita negara terus mengorak langkah cemerlang apabila menumpaskan Myanmar dalam perlawanan pembukaan Sukan SEA Kemboja 2023 pada Ahad. Malaysia mencatatkan empat wiket dalam aksi pembukaan Kumpulan A saingan 50-overs di Phnom Penh itu. Aksi di A-Z di Kriket Oval, Hun Sen Boulevard itu menyaksikan Malaysia mencatat 123 larian dan enam wiket dalam 35.3-overs, manakala Myanmar hanya melakukan 122 larian dalam 44.5-overs. Malaysia seterusnya akan bertemu Thailand bagi melakukan perhitungan pusingan kedua pada 8 Mei ini. Skuad kriket wanita negara pada Sabtu memulakan kempen acara Ten10 (T10) dengan langkah kanan. Malaysia mengatasi Singapura dengan 38-37 larian dalam peringkat kumpulan. Sukan SEA Kemboja 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei melabuh tirai 17 Mei ini. – Bernama
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Siti Nurhaliza nafi kenyataan rumah terbuka jadi majlis politik

in Semasa by
Siti Nurhaliza nafi kenyataan rumah terbuka jadi majlis politik

SHAH ALAM – Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menafikan berita palsu berhubung kenyataan mengenai rumah terbuka Aidilfitri di Kedah menjadi majlis politik yang tular di media sosial baru-baru ini. Siti turut meminta sebuah portal media tempatan untuk tidak memanjangkan berita palsu berkenaan kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. ”Siapalah yang pandai-pandai edit berita palsu ini, gunakan nama Facebook saya (yang verified) dan ‘forward’ merata-rata serta yakinkan orang ini adalah posting (hantaran) sebenar. ”Ini adalah palsu. Cukup-cukuplah semua perkara nak dibuat macam ni, saya ni penyanyi dan hiburkan semua orang. ”Bulan Syawal ini, bulan jalinkan silaturahim bukan sebar-sebar berita palsu,” katanya menerusi status dimuat naik di Instagram Story miliknya. Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitternya meminta rakan-rakan media untuk sentiasa mengesahkan info dan sumber sebelum menerbitkan berita agar tidak timbul isu sedemikian. Ujarnya, Siti Nurhaliza sudah menegur laman portal media tersebut tentang berita palsu yang ditulis di laman itu namun malangnya berita palsu berkenaan tersebar sejak semalam dan telah menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti. ”Malah ada yang percaya atau dijadikan bahan politik,” ujarnya. Justeru, Fahmi berkata, tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran. Fahmi dalam balasan komen juga menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti laman website yang kerap menyiarkan berita palsu dan berunsur fitnah.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

1 2 3 660
Kembali UTAMA