Seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP. – Foto fail Bernama
PUTRAJAYA – Semakan keputusan rayuan penawaran serta penempatan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh dibuat mulai Khamis.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatkan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my untuk Tingkatan 4.
Bagi kategori rayuan ini, seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 telah ditawarkan ke SBP, manakala 1,886 murid Tingkatan 1 dan 971 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA.
“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya ditawarkan dan selamat maju jaya,” kata kementerian itu pada Rabu.