Jho Low: Muka beruang kini dah jadi tahanan rumah

Source: Terkini
[featured-video-plus]
Source: Terkini
[featured-video-plus]
SHAH ALAM – Pakar ekonomi dan kewangan mengesyorkan beberapa langkah drastik yang boleh diambil kerajaan dalam menangani isu kejatuhan nilai ringgit Malaysia.
Penganalisis ekonomi, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, langkah paling penting untuk dilakukan ketika ini adalah mengukuhkan kestabilan politik negara.
Menurut beliau, melalui kestabilan politik, pelabur yakin bahawa tiada perubahan dalam polisi kerajaan disebabkan pertukaran kerajaan sekali gus membantu mereka membuat perancangan dan bajet.
Baca berita penuh di Sinar Premium.
Source: SH Semasa
[featured-video-plus]
Source: Terkini
[featured-video-plus]
Source: Terkini
[featured-video-plus]
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu berkenan berangkat bertemu dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di Beit Al Urdun, Amman.
Menurut Facebook Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka di Beit Al Urdun pada 1.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia) disambut oleh Raja Abdullah II.
Mengiringi Seri Paduka ialah anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Duta Malaysia ke Jordan Mohamad Nasri Abd Rahman.
”Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin telah berkenan menyentuh berkenaan usaha-usaha untuk mengukuh dan meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Jordan demi kepentingan bersama,” menurut Istana Negara.
Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di Amman bagi lawatan khas selama empat hari bermula 30 Mei atas persilaan Raja Abdullah II.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua diiringi oleh paduka-paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan di Istana Zahran esok disusuli keberangkatan ke Majlis Jamuan Sambutan Perkahwinan Diraja di Istana Al Husseinieh di Amman pada sebelah malam.
Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan akan turut diserikan dengan kehadiran kerabat-kerabat diraja, para pemimpin dan kenamaan dari seluruh dunia.
Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Jun ini. – Bernama.
Source: SH Semasa
[featured-video-plus]
SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar berhubung pemecatan beliau bagi jawatan tersebut.
Menurutnya, sidang akhbar itu akan dibuat pada jam 12 tengah hari di sebuah hotel di Ampang, Selangor.
”Untuk makluman, pada Rabu saya telah menerima surat pemendekan kontrak saya sebagai CEO Finas dan ia berkuat kuasa mulai 1 Jun (esok).
”Surat itu tidak menyatakan alasan pemecatan. Sehubungan itu, sebuah sidang akhbar akan diadakan oleh saya pada Khamis,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada 31 Oktober 2021, Md Nasir dilantik sebagai CEO Finas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa1 November hingga 30 Oktober 2023.
Pelantikan itu bagi menggantikan jawatan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang berakhir 15 Oktober 2021
Source: SH Semasa
[featured-video-plus]
KUALA SELANGOR – Dialog Siswa Sinar Harian harus diperluaskan ke institusi pengajian tinggi bagi menggalakkan lebih banyak suara dan pandangan anak muda didengari dan diambil perhatian kerajaan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abd Halim berkata, dialog seperti itu perlu dikembangkan sekali gus dapat menguruskan pelbagai permasalahan anak muda.
Menurut beliau, dialog itu membolehkan pihak kerajaan terutama tetamu undangan menjawab segala persoalan secara bersemuka.
”Ini peluang sebenarnya kepada kerajaan terutamanya Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen atau pembangkang untuk mendengar sendiri apa jua cadangan, penambahbaikan dan idea dalam kalangan penuntut,” katanya semasa ditemui pada program dialog itu di Dewan Senat Universiti Selangor (Unisel) pada Rabu.
Adam Adli berkata, budaya dialog amat baik diadakan di peringkat universiti hingga mereka berasa seronok untuk menjalankan program seperti itu.
”Apabila banyak dialog dalam ruang demokrasi, kita dapat rungkai banyak masalah dan (jika) tak nak berdialog itu timbul perbezaan yang tidak dapat kita uruskan,” kata beliau.
Sehubungan itu, ujar beliau, pihak universiti tidak hanya perlu mengadakan dialog sahaja, malah boleh juga diadakan debat, forum atau sebagainya pada masa depan.
Ditanya tentang sesi dialog bersama penuntut Unisel, Adam Adli memberitahu, persoalan lebih tertumpu kepada kepentingan dan peranan beliau di KBS.
”Banyak soalan sukan dan minat mereka dalam sukan dan saya harap dalam ruang-ruang lain mereka dapat gunakan peluang ini bertanyakan soalan tentang kebajikan mahasiswa, dasar dan arah tuju kerajaan serta tidak perlu takut untuk bertanya,” ujarnya.
Sesi Dialog Siswa bersama Adam Adli itu diadakan kali kedua itu dihoskan oleh Syuhaida Ariffin.
Edisi sulungnya menampilkan bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman sebagai tetamu jemputan yang pertama.
Source: SH Semasa
[featured-video-plus]
TAIPING – Seorang bayi lelaki disyaki baru dilahirkan ditinggalkan di sebuah hentian bas di Taman Kota Wira Kamunting dekat sini pada Rabu.
Lebih memilukan, bayi berkenaan diletakkan dalam sebuah kotak dengan keadaan anggota badan hanya dibaluti tuala berwarna coklat dan dihurung semut.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kejadian itu disedari seorang wanita sekitar jam 10 pagi ketika memberhentikan kereta di hentian berkenaan.
Menurutnya, semasa turun dari kereta untuk mengambil barang dari bahagian belakang, wanita itu terdengar bunyi bayi menangis sebelum menemui bayi malang tersebut.
”Bayi itu telah dibawa ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.
”Hasil pemeriksaan doktor, bayi berkenaan cukup sifat dan matang dengan berat 2.62 kilogram,” katanya kepada pemberita pada Rabu.
Razlam berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, bayi itu mengalami masalah pernafasan laju selain kurang air dalam badan disyaki akibat jangkitan.
”Keadaan bayi berkenaan stabil dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU),” katanya.
Menurut beliau, polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek terlibat.
”Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya.
Source: SH Semasa
[featured-video-plus]
PEMAIN perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao memulakan kempen dengan langkah kanan dalam Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, Bangkok pada Rabu.
Tze Yong, pemain nombor 24 dunia itu, hanya mengambil masa 33 minit untuk menewaskan pemain dari India Pyinanshu Rajwat, 21-19, 21-10.
“Terdapat angin dalam dewan yang kuat, namun saya dapat mengatasinya dan menang set pertama. Selepas itu saya bermain dengan lebih yakin dalam set kedua.
“Saya akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok. Saya akan berbincang dengan jurulatih selepas ini,” katanya yang akan bertemu pemain nombor lima dunia Chou Tien Chen dari Taiwan esok.
Sementara itu Jun Hao pula berjaya ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil tuan rumah Sitthikom Thammasin, 16-21, 21-16, 21-12.
”Pada set pertama, saya bermain berhadapan angin, yang menjadikan sukar untuk saya memukul bola dam Sitthikom menggunakan kelebihan itu dan melakukan serangan.
“Selepas tewas set pertama, saya mengubah cara permainan dan bermain dengan lebih agresif pada set kedua dan set penentuan. Ini membolehkan saya mengawal permainan dan menang,” katanya.
Jun Hao akan berhadapan Christo Popov dari Perancis pada pusingan kedua.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain negara Cheam June Wei, apabila tewas kepada juara All England Li Shi Feng dari China 18-21, 21-18, 14-21.
Pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, pula berjaya mengalahkan lawan mereka yang juga pasangan nombor lima dunia Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China 21-15, 19-21, 21-19 dalam masa 62 minit.
Kejayaan itu kemudiannya diikuti pasangan Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie.
Peng Soon-Yee See mengatasi Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han dari Singapura 15-21, 21-11, 22-20, manakala Soon Huat-Shevon menewaskan pasangan Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei-Ng Tsz Yao 19-21, 21-15, 21-15 dalam masa 57 minit.
“Dalam set pertama, saya lakukan banyak kesilapan. Nasib baik Sooh Huat dapat bantu saya dan kami berkomunikasi dengan baik bagi memenangi perlawanan pusingan pertama kami,” kata Shevon.
Pusingan kedua esok menyaksikan Tang Jie-Ee Wei akan berhadapan pasangan Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo; Peng Soon-Yee See pula bertemu pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun; dan Soon Huat-Shevon akan bertemu pasangan Hong Kong Jordan Tang Chun Man-Tse Ying Suet.
Satu lagi pasangan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula gagal meneruskan kemaraan, selepas tewas 21-15, 16-21, 16-21 kepada pasangan Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia-Hsin.
Pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei juga terkandas selepas tewas 11-21, 19-21 kepada Hsu Wen-chi dari Taiwan. – Bernama
Source: SH Semasa
[featured-video-plus]
Source: Terkini
[featured-video-plus]