Hamilton nafi sertai Ferrari

in Semasa by

PELUMBA sensasi, Lewis Hamilton menafikan dia telah ditawarkan kontrak oleh Ferrari dan menjangkakan untuk menandatangani perjanjian baharu Mercedes dalam beberapa minggu akan datang’. Masa depan Hamilton bersama Mercedes mencetuskan teka-teki ketika kontraknya berbaki enam bulan menerusi perjanjian yang mencecah 40 juta pound setahun (RM228 juta). Dilaporkan menjelang Grand Prix Monaco minggu ini Ferrari sedia menawarkan bidaan lumayan untuk mendapatkan Hamilton. Mengulas desas-desus minat pasukan dari Itali itu, Hamilton membuka mulut menjelaskan perkara sebenar. “Apabila anda berada dalam rundingan kontrak sentiasa ada spekulasi, melainkan anda mendengarnya daripada saya. Itu sahaja. “Pasukan saya bekerja rapat di belakang tabir dengan Toto Wolff (ketua pasukan Mercedes) dan kami hampir di penghujung untuk memeterai kontrak baharu,” katanya. Hamilton menjelaskan rundingan kontrak baharu itu diuruskan oleh pasukannya kerana beliau mahu memberi fokus kepada perlumbaan. “Ini kali pertama saya tidak berunding sendiri. Saya mempunyai pasukan yang hebat dengan latar belakang melakukan kerja. Saya mahu tumpu kepada kerja (berlumba). “Saya katakan apa yang saya mahu dan itulah yang sedang kami usahakan jadi mudah-mudahan dalam beberapa minggu akan datang ia selesai,” katanya.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]