KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kegagalan pentadbiran kerajaan Pas terutama dalam mengurus bekalan air hingga masalah air karat di Kelantan masih gagal ‘dijernihkan’.Timbalan Perdana Menteri berkata, oleh itu sudah tiba masanya perubahan besar berlaku di Kelantan, Kedah dan Terengganu dengan memberikan peluang kepada Kerajaan Perpaduan mentadbir dan melaksanakan pelbagai agenda perpaduan.Tegasnya, banyak agenda pembangunan asas terutama di Kedah dan Kelantan, memerlukan perubahan-perubahan besar.”Islam itu bersih. Bersih di luar dan bersih di dalam. Untuk bersih, Islam memerlukan air bersih.”Soal keperluan air bersih umpamanya di Kelantan, seolah-olah jalan penyelesaiannya tidak kunjung tiba.”Apakah mereka (Pas) tidak diberi peluang? Selama 33 tahun menjadi pemerintah di negeri dan wakil mereka pernah menjadi menteri yang menjaga air, air karat masih gagal ‘dijernihkan’. Karatnya air begitu jugalah karatnya hati mereka,” sindirnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.AKAN MENYUSUL
Source: SH Politik
[featured-video-plus]

PRK Pelangai: Tidak mustahil PN mampu tembusi benteng UMNO – Sanusi
Muhammad Sanusi ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menembusi kekuatan