PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

August 2023

Bayern Munich, Manchester United satu kumpulan

in Semasa by
Bayern Munich, Manchester United satu kumpulan

JUARA Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) akan memulakan misi pemburuan trofi Liga Juara-Juara dalam Kumpulan F musim ini. Angkatan pengendali Luis Enrique itu diundi bersama Borussia Dortmund pimpinan Edin Terzić, AC Milan (Stefano Pioli) dan Newcastle United (Eddie Howe) selepas undian pada Khamis. Juara bertahan Manchester City kendalian Pep Guardiola akan menentang RB Leipzig (Marco Rose), Red Star Belgrade (Barak Bakhar) dan Young Boys (Raphaël Wicky) dalam Kumpulan G. City merangkul kejuaraan berprestij kelab benua Eropah pertama sebelum ini dijangka tidak berdepan masalah mara ke pusingan 16 terakhir, setelah membelasah Leipzig 7-0 tahun lalu. Sementara itu, juara 14 kali Real Madrid asuhan Carlo Ancelotti akan menentang juara Serie A Napoli seliaan Rudi Garcia, Braga (Artur Jorge) dan Union Berlin (Urs Fischer) dalam Kumpulan C. Pemain utama dari Bundesliga Jerman, Bayern Munich pimpinan Thomas Tuchel akan menentang Manchester United asuhan Erik ten Hag, FC Copenhagen (Jacob Neestrup) dan Galatasaray (Okan Buruk) dalam Kumpulan A. Naib juara musim lalu Inter Milan janaan Simone Inzaghi bertemu Benfica (Roger Schmidt) RB Salzburg (Gerhard Struber) dan Real Sociedad (Imanol Alguacil) dalam Kumpulan D. Pemenang Liga Europa, Sevilla kendalian José Luis Mendilibar dan Arsenal (Mikel Arteta) diundi bersama dalam Kumpulan B bersama PSV Eindhoven (Peter Bosz) dan RC Lens (Franck Haise) Juara LaLiga Barcelona pacuan Xavi Hernandez pula menentang Porto FC jelmaan Sergio Conceicao, Shakhtar Donetsk (Patrick van Leeuwen) dan Royal Antwerp (Mark van Bommel) dalam Kumpulan H. Kumpulan E pula dianggotai Feyenoord Rotterdam kendalian Arne Slot berdepan Atletico Madrid (Diego Simeone), Societa Sportiva Lazio (Maurizio Sarri) dan Celtic (Brendan Rodgers). Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara akan bermula pada 19 September dan berakhir pada 13 Disember. Peringkat kalah mati pula bermula pada Februari, dengan perlawanan akhir berlangsung di Stadium Wembley London pada Jun.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Tiada pilihan kecuali emas dari Hangzhou 2022

in Semasa by
Tiada pilihan kecuali emas dari Hangzhou 2022

ATLET Road To Gold (RTG) yang menggalas cabaran negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 tiada pilihan lain selain membutirkan kilauan pingat emas bagi memastikan kelompok tersebut kekal relevan dalam program tersebut. Malah, penganalisis sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa berkata, atlet RTG yang tidak terpilih ke Hangzhou juga perlu mencabar diri dengan memperbaiki prestasi dan ranking dalam beberapa kejohanan bulan ini. Menurutnya, kelompok atlet itu juga perlu menempatkan diri dalam kalangan empat terbaik pada kejohanan yang disertai selain aksi final sebagai penanda aras kemampuan mereka untuk bersaing pada Sukan Olimpik Paris 2024. “Sejujurnya atlet RTG negara perlu lebih melipatgandakan usaha berdasarkan beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam beberapa kejohanan kelayakan sebelum ini. “Atlet RTG gagal menyerlah pada Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun; Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland dan Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark. ”Ketiga-tiga kejohanan itu sebenarnya merupakan penanda aras untuk melihat kebolehupayaan mereka menghadiahkan kilauan emas pertama buat negara. “Ini sesuatu yang kurang sihat memandangkan gergasi Asia seperti China, Jepun dan Korea Selatan mula menonjolkan diri. Itu belum lagi negara jiran, Thailand dan Indonesia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis. Sebagai rekod, atlet prospek pingat emas Sukan Olimpik menampilkan pemain badminton – Lee Zii Jia, Ng Tze Yong (perseorangan lelaki); M Thinaah-Pearly Tan (beregu wanita negara); Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki) dan dua beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing. Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut dipilih bersama-sama ratu terjun – Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri serta skuad hoki lelaki negara Malaysian Tigers bagi melengkapkan senarai atlet RTG. Pada masa sama, Mohd Sadek menyambut baik ketegasan Penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam bahawa pihaknya tidak berkompromi dalam isu berkaitan prestasi atlet. “Program RTG ini tidak hanya merupakan program merealisasikan misi emas pertama negara Sukan Olimpik, tetapi juga program melibatkan Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028. “Jadi dalam kalangan atlet terlibat, mereka perlu akur apabila berlaku proses penyingkiran susulan prestasi tidak mencapai tahap ditetapkan, seterusnya membuka peluang kepada atlet yang lebih layak,” ujarnya.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Three Lions tagih kudrat Nketiah

in Semasa by
Three Lions tagih kudrat Nketiah

PENYERANG Arsenal, Eddie Nketiah menerima panggilan senior pertama untuk England ketika pengurus Gareth Southgate menamakan skuadnya bagi aksi Kumpulan C Euro 2024 menentang Ukraine di Wroclaw, Poland minggu depan. Pemain pertahanan muda Chelsea, Levi Colwill juga berada dalam The Three Lions, namun tidak rakan sepasukan kelabnya, Raheem Sterling walaupun memulakan musim baharu yang memberangsangkan. Nketiah, 24, merupakan teras kekuatan skuad Bawah 21 tahun England telah membuktikan dirinya sebagai sebahagian daripada barisan hadapan Arsenal, menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris kelab London itu. Colwill, 20, pula menghabiskan masa secara pinjaman di Brighton & Hove Albion musim lalu tetapi telah memulakan ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea musim ini. “Dua pemain muda yang bermain dengan sangat baik. Mereka telah bermain dengan baik dengan pasukan junior kami. Levi mempunyai masa bersama kami pada musim panas,” kata Southgate mengenai Nketiah dan Colwill. Ketika meninggalkan Sterling sekali lagi, Southgate berkata: “Banyak persaingan untuk mendapatkan tempat di kawasan itu di belakang sembilan. “Sungguh gembira melihat dia bermain dengan baik untuk Chelsea, tetapi semua orang telah memulakan musim dengan baik. Raheem tidak begitu gembira.” Sementara itu, Southgate juga mengekalkan kepercayaan terhadap pertahanan Manchester United, Harry Maguire walaupun dia tidak beraksi untuk kelabnya setakat musim ini. Dalam pada itu, penjaring terbanyak England sepanjang zaman Harry Kane akan menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama sejak meninggalkan kelab zaman kanak-kanak Tottenham Hotspur untuk menyertai Bayern Munich. Southgate berkata, dia percaya perpindahan Kane ke Bundesliga adalah satu yang baik untuk Kane. “Dia dijangka akan mencabar trofi. Dia mempunyai satu set penyokong baharu untuk dimenangi dan satu set rakan sepasukan baharu untuk menarik perhatian setiap hari di padang latihan. “Cabaran baru untuknya, saya anggap sebagai positif,” katanya. Skuad England Penjaga gol: Sam Johnstone, Jordan Pickford, Aaron Ramsdale (Arsenal) Pertahanan: Ben Chilwell, Levi Colwill, Lewis Dunk, Marc Guehi, Harry Maguire, Fikayo Tomori, Kieran Trippier, Kyle Walker Pemain tengah: Trent Alexander-Arnold, Jude Bellingham, Conor Gallagher, Jordan Henderson, Kalvin Phillips, Declan Rice Penyerang: Eberechi Eze, Phil Foden, Jack Grealish, Harry Kane, James Maddison, Eddie Nketiah, Marcus Rashford, Bukayo Saka, Callum Wilson
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Kenangan mengusik jiwa Dollah, Zainal di Pestabola Merdeka

in Semasa by
Kenangan mengusik jiwa Dollah, Zainal di Pestabola Merdeka

LEGENDA bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan berkongsi kenangan manis sepanjang mewakili negara pada Pestabola Merdeka yang merupakan pertandingan bola sepak terulung di rantau Asia suatu ketika dahulu. Bagi Dollah, pasukan yang dibentuk untuk beraksi pada Pestabola Merdeka 1986 merupakan skuad yang terbaik apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Jepun di pentas separuh akhir, sebelum membenam Czechoslovakia di final, sekali gus merangkul kejuaraan. ”The best part masa lawan Jepun, Jepun letak seorang pemain untuk kawal Zainal (Zainal Abidin), dalam perlawanan itu kita ketinggalan 1-0 di separuh masa, saya bincang dengan Zainal untuk buat sesuatu kerana kami ada pasukan terbaik dan itu peluang untuk kami menang. ”Pada separuh masa kedua Zainal jaringkan gol penyamaan dan saya jaringkan gol kemenangan, the beauty of pasukan 1986 di situ dan di final saya tak sangka kami boleh menang sampai 3-0,” kata Pengurus Sri Pahang FC itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Pestabola Merdeka 2023 pada Khamis. Dollah yang membuat penampilan di Pestabola Merdeka sebanyak dua kali iaitu pada 1986 dan 1992, percaya barisan pemain skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon ketika ini mempunyai peluang merangkul gelaran juara tahun ini. ”Dengan ada pemain sekarang saya nampak ini (seperti) pasukan negara pada era 70an dan 80an, dengan pemain-pemain yang saya nampak agak berbeza dengan sebelum ini, saya percaya mereka boleh bawa pulang piala Merdeka,” kata bekas pengendali skuad kebangsaan berusia 59 tahun itu. Sementara itu, Zainal Abidin berkata, mewakili skuad kebangsaan buat julung kali ketika masih berusia 17 tahun bagi menghadapi Pestabola Merdeka 1980 adalah kenangan paling manis. ”Kerana semasa di bangku sekolah saya ke stadium tengok Pestabola Merdeka dan lihat Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh beraksi, kemudian selepas itu saya dapat panggilan wakil negara ketika berumur 17 tahun dan dapat bermain bersama mereka, itu yang tak boleh dilupakan. ”Saya pernah jadi juara, naib juara dan tempat ketiga tetapi inilah (Pestabola Merdeka) yang jadikan saya pemain bola yang baik kerana Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi (menyertai) kami (pemain) dapat improve,” katanya yang menyifatkan Pestabola Merdeka di rantau Asia seperti Piala Dunia pada era itu. Pestabola Merdeka diilhamkan Perdana Menteri pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersempena kemerdekaan tahun 1957 dan merupakan pertandingan bola sepak tertua di Asia. Malaysia yang diwakili skuad Bawah 23 Tahun (B-23) bimbingan Datuk Ong Kim Swee muncul juara kali terakhir Pestabola Merdeka dianjurkan iaitu pada 2013, sekali gus menambah koleksi gelaran ke-12. Selepas 10 tahun menyepi, kejohanan itu akan dianjurkan kembali dari 13 hingga 17 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, disertai Malaysia, India, Palestin dan Tajikistan. – Bernama
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

1 2 3 551
Kembali UTAMA