PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

September 2023

[VIDEO] ‘Ayahanda kirim salam, dia rindu penduduk Felda di Pelangai’ – Nizar Najib

in Politik by

Mohamad Nizar (dua dari kanan) ketika berucap pada Program Sembang Santai Ukhwah di Felda Chemomoi pada Sabtu.

BENTONG – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohamad Nizar memaklumkan ayahanda beliau masih boleh mengingati nama-nama penempatan Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau berkata, Najib menyebut satu persatu nama tanah rancangan Felda di kawasan tersebut ketika dia bertemu ayahnya.

“Ramai yang mendoakan…kat sini (Pelangai) pun ada yang jumpa saya menangis-nangis tanya keadaan Najib.

“Sewaktu saya jumpa dengan ayahanda dia boleh sebut satu persatu Felda ni. Saya pun belum jejak lagi. Ayahanda tanya, macam mana dengan Felda Kemahal, Felda Kemasul, Felda Chemomoi.

“Dia boleh sebut satu-satu tempat…dia punya ingatan Alhamdulillah…dia (Najib) kirim salam kepada penduduk di sini, dia rindu dengan penduduk di sini,” katanya ketika Program Sembang Santai Ukhwah di Felda Chemomoi, di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang berkata, semua warga Felda sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.

Katanya, Felda amat dekat dengan keluarganya kerana Allahyarham datuknya, Tun Abdul Razak Hussein merupakan orang yang menubuhkan Felda.

“Kita ni keluarga Felda, jangan biarkan orang lain pecah belahkan silaturrahim yang ada diantara keluarga Tun Razak dengan Felda.

“Sebab kita ni dianggap sebagai keluarga…ada sejarah antara kita. Sejarah untuk cintakan, majukan bangsa kita dan sejarah untuk memperkukuhkan ekonomi kita

“Sejarah menunjukkan bahawasanya, pemimpin BN bertanggungjawab untuk majukan Felda. Ini fakta,” katanya.

Tambah Nizar, beliau sekeluarga tetap berharap usaha membebaskan Najib dapat direalisasikan.

“Saya yakin BN akan lakukan sesuatu dan usahakan bebaskan beliau. Moga ada sinar tahun ni. Boleh bawa ayahanda jalan-jalan di Felda sini,” katanya dihadapan kira-kira 100 penduduk dan jentera parti itu.

‘Ayahanda kirim salam, dia rindu penduduk Felda di Pelangai’ – Nizar Najib

in Politik by

Mohamad Nizar (dua dari kanan) ketika berucap pada Program Sembang Santai Ukhwah di Felda Chemomoi pada Sabtu.

BENTONG – Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohamad Nizar memaklumkan ayahanda beliau masih boleh mengingati nama-nama penempatan Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau berkata, Najib menyebut satu persatu nama tanah rancangan Felda di kawasan tersebut ketika dia bertemu ayahnya.

“Ramai yang mendoakan…kat sini (Pelangai) pun ada yang jumpa saya menangis-nangis tanya keadaan Najib.

“Sewaktu saya jumpa dengan ayahanda dia boleh sebut satu persatu Felda ni. Saya pun belum jejak lagi. Ayahanda tanya, macam mana dengan Felda Kemahal, Felda Kemasul, Felda Chemomoi.

“Dia boleh sebut satu-satu tempat…dia punya ingatan Alhamdulillah…dia (Najib) kirim salam kepada penduduk di sini, dia rindu dengan penduduk di sini,” katanya ketika Program Sembang Santai Ukhwah di Felda Chemomoi, di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang berkata, semua warga Felda sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.

Katanya, Felda amat dekat dengan keluarganya kerana Allahyarham datuknya, Tun Abdul Razak Hussein merupakan orang yang menubuhkan Felda.

“Kita ni keluarga Felda, jangan biarkan orang lain pecah belahkan silaturrahim yang ada diantara keluarga Tun Razak dengan Felda.

“Sebab kita ni dianggap sebagai keluarga…ada sejarah antara kita. Sejarah untuk cintakan, majukan bangsa kita dan sejarah untuk memperkukuhkan ekonomi kita

“Sejarah menunjukkan bahawasanya, pemimpin BN bertanggungjawab untuk majukan Felda. Ini fakta,” katanya.

Tambah Nizar, beliau sekeluarga tetap berharap usaha membebaskan Najib dapat direalisasikan.

“Saya yakin BN akan lakukan sesuatu dan usahakan bebaskan beliau. Moga ada sinar tahun ni. Boleh bawa ayahanda jalan-jalan di Felda sini,” katanya dihadapan kira-kira 100 penduduk dan jentera parti itu.

Aktiviti seni, budaya perlu diperkasa seiring kemajuan ekonomi

in Nasional by
Aktiviti seni, budaya perlu diperkasa seiring kemajuan ekonomi

Anwar Ibrahim – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perdana Menter,i Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aktiviti seni dan budaya di Malaysia diperkasakan seiring kemajuan ekonomi, dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memainkan peranan penting untuk memartabatkan aktiviti berkenaan.

“Sebab itu penting peranan MOTAC dan program yang boleh memartabatkan aktiviti seni, lukisan, puisi, filem dan teater; pementasan serta tarian.

“Tak banyak negara di dunia boleh pamerkan seni budaya dengan Melayu sebagai terasnya, suku kaum yang lain dari Perlis sampai Sabah,” katanya ketika merasmikan Festival Budaya Putrajaya 2023 pada Sabtu malam.

Anwar berkata, masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu menjadikan perbezaan sebagai kekuatan bukannya menjadikan ia sebagai faktor persengketaan.

“Saya percaya rakyat waras yang cintakan negara menghormati nilai kemanusiaan… mereka akan melihat perbezaan kaum, suku kaum dan budaya sebagai kekuatan kerana kepelbagaian membina kehebatan Malaysia tercinta,” katanya.

Menyifatkan sektor pelancongan sebagai bidang yang menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan khusus dari segi peruntukan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

“Maka MOTAC harus percaya tentunya kita (kerajaan) akan beri pemusatan terhadap industri pelancongan termasuk pemerkasaan industri seni dan budaya,” katanya yang turut memuji dan menghargai usaha MOTAC atas inisiatif penganjuran Festival Budaya Putrajaya 2023 yang julung kali diadakan.

Bagi mencapai hasrat memperkasakan aktiviti seni dan budaya, Anwar turut mencadangkan agar Festival Budaya Putrajaya dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar MOTAC.

Festival Budaya Putrajaya 2023 yang bermula 28 September hingga Ahad (1 Oktober), dianjurkan MOTAC dengan kerjasama rakan strategik iaitu Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Istana Budaya yang bermatlamat mendekatkan masyarakat umum dan antarabangsa dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta mempromosi pelbagai produk pelancongan yang terdapat di negara ini.

Bertemakan “Perpaduan Melalui Seni Budaya”, program ini juga bertujuan mengukuhkan semangat untuk hidup dalam harmoni dan semangat perpaduan melalui seni, budaya dan warisan.

Antara pengisian menarik yang diatur sepanjang empat hari program ialah “Putrajaya Culture Fun Run & Gathering” yang menampilkan acara larian lima kilometer dengan berpakaian tradisional, persembahan pentas bercirikan tradisional dengan suntikan semangat kemerdekaan, penjagaan seni, demonstrasi makanan warisan, penjualan produk kraf dan pertandingan serta kuiz seni budaya dan pelancongan. – Bernama

Penjaja kecil perlu suntikan dana

in Semasa by
Penjaja kecil perlu suntikan dana

SHAH ALAM – Kerajaan diminta memperuntukkan sekurang-kurangnya RM500 juta termasuk pemberian e-dompet kepada penjaja dan peniaga dalam Belanjawan 2024 bagi membantu memacu pertumbuhan ekonomi setempat. Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta boleh digunakan untuk menambah baik medan selera. Menurutnya, ini kerana kerja-kerja penyelenggaraan medan selera di bandar tidak mencapai 100 peratus apabila kerajaan hanya peruntukkan RM50 juta ketika Bajet tahun lalu. “Lagi RM180 juta (Belanjawan 2024) boleh dimasukkan ke dalam e-dompet untuk menggalakkan mereka menggunakan Kad Prihatin Penjaja dan Peniaga. “Sejumlah RM190 juta pula sebagai pinjaman RM5,000 kepada setiap peniaga dengan kadar faedah rendah yang dapat memberi manfaat kepada 38,000 peniaga seluruh negara. “Lebihan peruntukan boleh diguna sebagai pemberian geran,” katanya kepada Sinar Ahad. Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan Belanjawan 2024 akan memberi lebih tumpuan kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) bagi memperkasa sektor berkenaan supaya dapat bersaing dalam ekonomi baharu. Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Oktober ini bersandarkan kerangka Madani dengan memberi fokus kepada nilai pembangunan serta pekerjaan dalam sektor PMKS. Sehubungan itu, Rosli meminta kerajaan memperluaskan penyediaan latihan kepada perniagaan yang mempunyai daya saing seperti kursus pengurusan kewangan dan pengembangan perniagaan. Tambahnya, kerajaan perlu membantu golongan penjaja dan peniaga mengurangkan kadar pembayaran kos sewa kedai yang tinggi terpaksa ditanggung mereka. “Baru-baru ini, saya ada buat lawatan ke kawasan pusat peniaga dan pasar raya, didapati mereka ini sebenarnya sudah tidak tahan kerana hasil jualan yang sedikit namun terpaksa menanggung kos sewa tinggi. “Apabila saya tanya, mereka jawab mahu mendapatkan RM200 sehari cukup susah sedangkan bayaran kadar sewa hampir mencecah RM3,000 sebulan. “Ini kerana pengunjung yang semakin berkurang disebabkan kos sara hidup. “Sewa lebih kurang RM2,600 dan insurans RM35 sebulan. Ini tidak termasuk bayaran tahunan lesen dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Kedah tumbangkan KL City

in Sukan by
Kedah tumbangkan KL City

Aksi penjaring gol pasukan KDA FC,Ifedayo Olusegun Patrick Omosuvi (dua dari kanan) pada perlawanan Liga Super, Kuala Lumpur City FC menentang KDA FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras. – Foto: Bernama

KEDAH Darul Aman (KDA) FC meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu tampil garang menguasai sepanjang perlawanan dan mencipta beberapa peluang berbahaya ke gawang gol pasukan tuan rumah.

Gol tunggal perlawanan diperolehi Sang Kenari melalui tendangan penalti selepas Nazirul Naim Che Hashim menjatuhkan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Penyerang KDA, Ifedayo Olusegun tidak berdepan masalah untuk menewaskan Muhammad Azri Ghani sekali gus menjadi jaringan kemenangan pasukan utara itu.

Kemenangan tersebut membolehkan KDA memungut 47 mata terus mengejar Selangor FC di kedudukan kedua dengan 52 mata dalam persaingan untuk mendapatkan slot ke Piala AFC musim depan.

Dalam satu lagi perlawanan Liga Super, Sri Pahang berjaya menundukkan Kuching City FC 3-2 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Sri Pahang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tendangan penalti Stefani Brundo sebelum import Kuching City, Pedro Henrique menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Giliran skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu pula berada dihadapan melalui Abu Kamara pada minit ke-25 namun, pemain tengah Sri Pahang, Kuvondik Ruziev tampil dengan gol penyamaan dua minit sebelum aksi separuh masa pertama tamat.

Rafael Silva muncul wira buat skuad Tok Gajah itu apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-62.

Petani muda pandu Audi A4 ke pasar jual sayur

in Global by
Petani muda pandu Audi A4 ke pasar jual sayur

KERALA – Satu video tular seorang petani memandu kereta Audi A4 ke pasar untuk menjual hasil taninya telah menarik perhatian pengguna media sosial.

Video klip yang dikongsi dalam Instragram oleh Sujith SP, yang terkenal sebagai ‘Petani Serba Boleh’ di internet yang mengusahakan tanaman di sebuah ladang bayam terletak di Kerala, India.

Dalam ciapan di akaun Instragram ‘Apabila Audi pergi menjual bayam’ menampilkan video dia menuai sayur-sayuran dan kemudian menjualnya ke pasar.

Video itu juga menunjukkan dia meletakkan tikar atas lantai serta menyusun bayam merah sambil memanggil pelanggan membeli hasil tanamannya.

Dia yang berkongsi video itu sejak beberapa hari lalu telah mendapat tanda suka lebih 446,000 dan lapan juta tontonan.

Ramai netizen memuji usaha petani muda itu atas kerja keras dan dedikasinya sehingga berjaya serta mampu membeli kereta idamannya.

“Inspirasi hebat untuk anak muda yang bijak melihat peluang pertanian di depan mata,” menurut ciapan seorang netizen.

Sebenarnya, Sujith tidak asing lagi dalam sektor pertanian di wilayah tersebut di mana dia sering berkongsi kesedaran dalam teknik pertanian moden menerusi akaun Instragram.

Justeru tidak hairanlah, dia sendiri mempunyai 203,000 pengikut dan sering berkongsi tip-tip pertanian kepada mereka berminat untuk mendapatkan nasihatnya dalam bidang tersebut. – Agensi

Sudah tiba masa Malaysia guna kaedah saring dadah lebih canggih

in Semasa by
Sudah tiba masa Malaysia guna kaedah saring dadah lebih canggih

KUALA LUMPUR – Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai isu pengedar dadah asing memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pelajar dan batasan dalam kaedah saringan dadah yang sedia ada, maka terdapat keperluan mendesak untuk saringan lebih berkesan di pintu masuk. Seorang doktor yang enggan namanya disiarkan berkata, sudah tiba masanya untuk melaksanakan teknik saringan lanjutan yang dibangunkan untuk mengenal pasti pengedar dadah yang cuba menyamar sebagai pelajar. Beliau berkata, kaedah ujian air kencing yang digunakan sekarang mempunyai banyak kelemahan. Contohnya, pelajar asing berkenaan boleh mengelak daripada dikesan dengan tidak mengambil dadah selama lima hari sebelum janji temu ujian air kencing. Sampel air kencing mereka kemudian menghasilkan keputusan negatif. ’Pelajar’ berkenaan juga boleh menipu sistem dengan membawa bersama air kencing bukan pengguna dadah dan menukar sampel di tandas klinik. ”Oleh itu, teknik saringan lanjutan yang telah digunakan di banyak negara maju wajar digunakan. ”Kaedah lanjutan ini akan menjadi alternatif yang lebih sesuai untuk ujian dadah air kencing, yang lebih sesuai untuk pemeriksaan rawak, seperti yang dijalankan di kelab malam atau pemandu di jalan raya,” katanya kepada Bernama. Kini terdapat kaedah baharu yang menggunakan rambut dan kuku, kerana kesan dadah dalam sampel sedemikian boleh kekal sehingga 90 hari. Doktor itu bimbang sindiket dadah telah mengeksploitasi langkah Malaysia yang mengalu-alukan kedatangan pelajar asing. Beliau berkata, sindiket itu memasuki negara secara sah menggunakan visa pelajar dan mereka mendapat keuntungan dengan menjual dadah kepada pelajar tempatan dan meluaskan pasaran di luar kampus. Mereka telah membawa masuk ubat baharu ke Malaysia, seperti fentanyl – opioid sintetik yang 50 kali lebih kuat berbanding heroin. ”Dengan xylazine, ubat veterinar, potensi fentanyl meningkat, menyebabkan keadaan euforia berpanjangan (rasa keseronokan dan kegembiraan) kepada yang mengambilnya. ”Pemalsuan berbahaya ini, ditambah dengan xylazine murah dari China yang menggunakan nama jalan tranq, telah mendapati jalan ke tangan pengedar dadah asing, sekali gus meningkatkan margin keuntungan mereka.” ”Pemalsuan berbahaya ini dengan xylazine murah yang diimport dari China menggunakan nama tranq kini menular, sekali gus meningkatkan margin keuntungan p engedar dadah asing,” katanya. Sebelum ini, Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembasmian Dadah, menggesa supaya ancaman dadah yang semakin meningkat di Malaysia, ditangani segera. Beliau memberikan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (NADA) tempoh tiga bulan untuk menyelaraskan usaha merangka inisiatif berkesan untuk menangani masalah dadah. Doktor berkenaan berkata, Kementerian Pengajian Tinggi, polis dan NADA perlu berkerjasama untuk menghalang kemasukan pengedar dadah asing ke institusi pengajian tinggi tempatan. Beliau yakin bahawa gabungan teknologi saringan inovatif dan kerjasama yang dipertingkat antara ketiga-tiga pihak ini, akan menjaga reputasi Malaysia sebagai destinasi pendidikan dan melindungi kesejahteraan pelajar tempatan. ”Ketika negara bergelut dengan krisis ini, memperkukuh kaedah saringan di pintu masuk negara kini menjadi lebih kritikal,” katanya. – Bernama NADA, pengedar dadah, universiti
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Festival Kembara Warisan Bangsa martabat seni, budaya

in Semasa by
Festival Kembara Warisan Bangsa martabat seni, budaya

SHAH ALAM – Demi memartabatkan seni dan budaya bangsa Malaysia, Persatuan Cinta Seni Budaya (Persidaya) dan Persatuan Legasi Cinta Seni menganjurkan Festival Kembara Warisan Bangsa 2023. Bertemakan ‘Ini Warisan Kita’, festival kesenian yang dikelolakan oleh Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar) itu bakal mengenengahkan pelbagai persembahan rakyat antaranya teater muzikal yang menggabung seni tari dengan alunan muzik tradisional. Penyelarasnya, Nik Affieza Nik Arif berkata, program yang bakal diadakan pada 14 Oktober ini bertempat di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 akan bermula seawal jam 8 pagi. “Ia dimulakan dengan tarian zumba (senamrobik) diikuti pertandingan mewarna kanak-kanak, permainan tradisional serta aktiviti jualan di khemah pameran,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Jelasnya, tiada sebarang bayaran penyertaan dikenakan sebaliknya pemenang akan menerima hadiah wang tunai manakala cenderahati juga diberikan kepada pengunjung bertuah. “Pendaftaran akan dibuka seawal jam 7 pagi dengan 50 orang pendaftar awal akan diberikan baju T khas festival secara percuma. “Festival anjuran bersama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), Kumpulan Karangkraf, Sinar Harian, Kelab Bahasa dan Budaya (UniKL-MIAT) ini turut disokong oleh Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya,” ujarnya. Nik Affieza berkata, acara kemuncak festival bermula jam 9 malam, dengan pementasan Teater Mak Yong mengisahkan Raja Nilam Agong yang ingin mengembara ke seluruh negara di bawah jajahan takluknya bagi mengenali seni dan budaya rakyat jelata. “Dalam pengembaraan tersebut Raja Nilam Agong telah melihat pelbagai persembahan rakyat seperti Tarian Sabah, Tarian Sarawak, Gendang Urumee Meelam, Gendang Cina, Tarian Sewang, Tarian Jo’oh dan Menora,” ujarnya. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Nik Affieza 017-239 9549 atau e-mel admin@mysinar.org.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Semua urusan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025

in Semasa by
Semua urusan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025

MELAKA – Semua urusan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan menerusi aplikasi MyJPJ, termasuk pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM), dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 2025. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, sasaran berkenaan, selaras dengan hasrat jabatan berkenaan ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang tahun tersebut, namun ia bergantung kepada kekuatan sistem dibangunkan dalam aplikasi MyJPJ. Beliau berkata, setakat ini hanya beberapa urusan perkhidmatan dapat dilakukan orang awam menerusi aplikasi itu, antaranya semakan lesen memandu dan LKM, semakan saman dan semakan mata demerit. ”Sekarang ini kita masih dalam proses interim dan sedang melaksanakan projek perintis bagi urusan pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam kalangan warga JPJ bagi menilai tahap kestabilan sistem yang dibangunkan menerusi aplikasi itu. ”Kita tidak mahu nanti bila kita lancarkan atau buka urusan berkenaan dalam aplikasi tersebut kepada orang awam, sistem berkenaan akan bermasalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai JPJ 2023 di sini pada Sabtu. Mengulas lanjut, beliau berkata, proses interim berkenaan memberi peluang kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ sama ada menerusi aplikasi MyJPJ atau berurusan di kaunter perkhimatan JPJ. Dalam perkembangan lain, katanya, semua anggota JPJ sentiasa didedahkan pelbagai latihan dan kemahiran tempur serta persenjataan dari semasa ke semasa, bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kompetensi mereka ketika menjalankan tugas khususnya operasi penguatkuasaan. Rospiagos berkata, kesiapsiagaan berkenaan juga penting, bagi memastikan anggota dan pegawai terlibat dalam sebarang operasi penguatkuasaan sentiasa selamat dan terhindar daripada sebarang kemalangan atau kekerasan melibatkan orang awam. ”Kita juga bukan sewenang-wenangnya hendak menggunakan kekerasan ketika menjalankan operasi, namun kita perlu menguatkuasakan undang-undang yang tertakluk di bawah JPJ, bagi melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan berdisiplin,” katanya. Terdahulu, pada majlis berkenaan, beliau berkata sebanyak 128 pelatih terdiri daripada 11 Pegawai Penguatkuasa Gred KP41, Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (31 orang), Penolong Jurutera JA29 (seorang), Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (81 orang) dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (empat orang), berjaya menamatkan latihan kursus asas selama tiga bulan bermula 3 Julai lepas sebelum ditempatkan di pejabat JPJ seluruh negara. Rospiagos berkata, kursus berkenaan, bertujuan meningkatkan tahap kompetensi pegawai penguatkuasa meliputi lima elemen utama yang dikenali sebagai ASKAR iaitu sikap (Attitude), kemahiran (Skill), pengetahuan (Knowledge), ketangkasan (Agile) dan ketahanan (Resilient), dalam melaksanakan tugasan dengan berkualiti dan profesional sepanjang perkhidmatan. ”Mereka juga didedahkan dengan pelbagai modul latihan termasuk modul perkhidmatan teras jabatan iaitu pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, penguatkuasaan dan undang-undang dan kejuruteraan automotif,” katanya. – Bernama
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

1 2 3 793
Kembali UTAMA