PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

October 2023

Hamas akan bebaskan tahanan asing dalam masa terdekat

in Global by
Hamas akan bebaskan tahanan asing dalam masa terdekat

GAZA – Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.

Ia disahkan jurucakap sayap tentera Brigade Al Qasam, Abu Ubaida menerusi saluran Telegram.

Abu Ubaida bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bilangan tahanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.

Beliau turut menafikan kenyataan Israel yang berjaya membebaskan tahanan di bawah Hamas.

Sebaliknya jumlah besar tahanan kini berada di bawah kawalan individu dan beberapa kumpulan di Genting Gaza.

“Kami memantau naratif yang dimainkan tentera Israel berkenaan pembebasan tahanan dari Gaza ketika pencerobohan berlaku.

“Kami menafikan musuh sampai ke mana-mana tahanan yang berada dalam kawalan Al-Qassam. Jika naratif ini benar, ia bermakna inidividu tersebut ditahan oleh musuh,” katanya.

Kenyataan ini sebagai reaksi kenyataan tentera Israel yang mendakwa berjaya membebaskan tahanan ketika operasi daratnya pada Isnin.

Abu Ubaida juga memaklumkan Brigade Al-Qassam bertempur dengan tentera Israel sebanyak tiga kali dan berjaya memusnahkan 22 kenderaan tentera Zionis.

Tiada kompromi dalam penyediaan makanan pelajar – Asyraf Wajdi

in Nasional by

Tular dakwaan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh dihidangkan telur rebus busuk sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan. Asyraf Wajdi (kiri).

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak terhadap kontraktor Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang mengambil mudah dalam isu penyediaan makanan pelajar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima banyak mesej dan aduan melalui pelbagai platform berhubung dakwaan penyediaan telur rebus berbau busuk kepada pelajar.

“Walaupun saya berada di luar negara, saya sudah mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk segera siasat, ambil tindakan tegas dan pastikan kes seperti ini tidak berulang.

“Prinsip saya dalam hal ehwal kebajikan pelajar, tiada kompromi terhadap mana-mana kontraktor dewan selera yang ambil mudah dan enteng dalam isu penyediaan makanan. Jangan hanya mengejar untung atas kesusahan orang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai dakwaan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh dihidangkan telur rebus busuk sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan.

Asyraf Wajdi berkata, beliau telah meminta laporan penuh daripada pengurusan Mara berhubung perkara tersebut.

“Insya-ALLAH, saya sudah minta laporan penuh daripada pengurusan Mara paling lewat esok,” ujarnya.

Tiada kompromi dalam penyediaan makanan pelajar – Aysraf

in Nasional by

Tular dakwaan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh dihidangkan telur rebus busuk sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan. Asyraf Wajdi (kiri).

SHAH ALAM – Tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak terhadap kontraktor Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang mengambil mudah dalam isu penyediaan makanan pelajar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima banyak mesej dan aduan melalui pelbagai platform berhubung dakwaan penyediaan telur rebus berbau busuk kepada pelajar.

“Walaupun saya berada di luar negara, saya sudah mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk segera siasat, ambil tindakan tegas dan pastikan kes seperti ini tidak berulang.

“Prinsip saya dalam hal ehwal kebajikan pelajar, tiada kompromi terhadap mana-mana kontraktor dewan selera yang ambil mudah dan enteng dalam isu penyediaan makanan. Jangan hanya mengejar untung atas kesusahan orang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai dakwaan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh dihidangkan telur rebus busuk sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan.

Asyraf Wajdi berkata, beliau telah meminta laporan penuh daripada pengurusan Mara berhubung perkara tersebut.

“Insya-ALLAH, saya sudah minta laporan penuh daripada pengurusan Mara paling lewat esok,” ujarnya.

Wan Ahmad Fayhsal, jangan bercakap kalau tak tahu – Nazri

in Semasa by
Wan Ahmad Fayhsal, jangan bercakap kalau tak tahu – Nazri

KUALA LUMPUR – Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihatkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar hanya membuat kenyataan perkara-perkara yang diketahui sahaja. Mohamed Nazri memberikan nasihat tersebut susulan dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa demarche (tata tindak) daripada pihak Amerika Syarikat terhadap Malaysia bukan bermaksud ugutan. Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya. ”Jika tata tindak itu bersifat umum boleh lah dia nak kata bahawa ia bukan satu ugutan. ”Tetapi yang bercakap dengan pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat itu saya maka saya lebih memahami isi kandungannya. ”Saya nak bagitahu dia bahawa apa yang disebut oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu benar belaka. ”Jadi, kalau Wan Ahmad Fayhsal ini tidak tahu lebih baik jangan bercakap,” katanya kepada Awani. Mohamed Nazri juga menjelaskan memang benar pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan-kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengecam Israel dan melabelkan rejim Zionis itu sebagai pengganas. Malah beliau menegaskan, pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat meminta agar Malaysia membuat kenyataan turut bersimpati terhadap Israel. ”Saya tegaskan kepada wakil Jabatan Negara Amerika Syarikat bahawa tidak mungkin sama sekali Malaysia akan bersimpati kepada Israel. ”Dan saya nyatakan bahawa Malaysia tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan semata-mata kerana menyokong perjuangan Palestin. ”Saya nak beritahu Wah Ahmad Fayhsal bahawa saya bercakap perkara ini di bumi Amerika Syarikat yang menyokong Israel bukan di Machang,” katanya lagi. Anwar dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa mendedahkan, Amerika Syarikat telah tiga kali menekan Malaysia untuk menimbang semula pendirian terhadap Hamas sebagai ‘pengganas’. Sementara itu mengulas dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih tegas berbanding Anwar, Nazri menjelaskan semua perdana menteri mengecam tindakan Israel terhadap Palestin. ”Saya sertai kabinet sejak zaman Dr Mahathir dan memang semua perdana menteri menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin. ”Tetapi dalam ingatan saya belum pernah lagi ada demarche daripada pihak Amerika Syarikat terhadap Malaysia. ”Pada saya ia bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh, bukan perkara yang boleh dibuat sembang di kedai kopi di Machang. ”Dia kena ingat sudah ada kes ejen Mossad menyusup masuk ke negara kita dan membunuh wakil Hamas. ”Jadi kena ingat benda ini bukan main-main dan sekadar nak cakap untuk dapat sokongan semata-mata. ”Saya bukan tidak boleh berbeza pandangan tetapi dalam isu ini sepatutnya kita umat Islam di Malaysia menunjukkan bahawa kita bersatu padu mempertahankan Palestin dan Al Aqsa,” katanya. – Awani
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Lelaki jatuh lombong ditemukan lemas

in Semasa by
Lelaki jatuh lombong ditemukan lemas

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, pada Selasa. Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Haikal Md Kasri berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 malam. ”Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. Mohd Haikal berkata, setibanya di lokasi, laporan awal daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai lemas. ”Operasi siasatan dan pencarian dijalankan bermula di sekitar tebing kawasan lombong, kita menemui barang peribadi milik mangsa kira-kira 10 meter dari tebing. ”Sebuah bot kecil yang dinaiki dua anggota telah diarahkan pencarian di permukaan air (water surface searching) dengan pencahayaan jentera (floodlights) serta menggunakan “grappling hook’,” katanya. Beliau berkata, mangsa telah berjaya dijumpai oleh anggota kira-kira 1.5 meter dari tebing pada jam 1.33 pagi, Rabu. ”Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Istiqamah, konsisten beri sokongan kepada Palestin

in Semasa by
Istiqamah, konsisten beri sokongan kepada Palestin

SHAH ALAM – Terdapat tanda-tanda positif di mana gelombang kesedaran perjuangan di Palestin mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia dan tidak ketinggalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, gelombang yang berlaku di seluruh dunia ini turut menarik perhatian orang bukan Islam. “Sering kita mendengar perkataan istiqamah diucapkan dengan niat agar apa yang kita lakukan dapat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. “Rakyat Malaysia perlu istiqamah dan konsisten dalam tindakan secara berterusan serta tidak berhenti separuh jalan dalam menyokong penduduk Palestin. “Penduduk Palestin yang kini menjadi mangsa kezaliman tentera Israel memerlukan bantuan berterusan dan sikap peduli dengan nasib mereka, rakyat Palestin sangat memerlukan perhatian,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa. Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat itu berkata, ancaman musuh Islam akan sentiasa ada pada sepanjang zaman maka menjadi tanggungjawab negara dan rakyat untuk sentiasa bersedia. Mengambil iktibar daripada pergolakan berlaku di Palestin, beliau berkata, demokrasi tidak boleh disalahgunakan sehingga membuka peluang kepada misi Zionis untuk mengetepikan kedaulatan raja, keluhuran perlembagaan dan keistimewaan agama Islam. Menurutnya, perbezaan dan perdebatan politik dalam negara juga hendaklah tidak menjadi modal perpecahan dalam kepimpinan negara sehingga memberi laluan kepada kuasa asing. “Kita menolak peperangan dan sentiasa mempertahankan kedamaian di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Kita mampu mengekalkan keamanan dan kesuburan ekonomi dengan perkongsian yang sihat di bawah semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Perjanjian Malaysia dan semangat Malaysia Madani,” katanya.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

China didakwa hapus nama Israel dalam peta digital

in Global by
China didakwa hapus nama Israel dalam peta digital

BEIJING – Dua syarikat gergasi teknologi China telah menghapuskan nama Israel dalam peta digitalnya selepas pengguna menyedari tiada nama negara haram itu di enjin pencarian Baidu dan Alibaba.

Di peta digital Baidu hanya terdapat garis-garis sempadan dan kota utama yang diakui di peringkat antarabangsa.

Perkara sama ditemukan di peta dalam talian Alibaba, Amap apabila aplikasi itu tidak memaparkan nama Israel pada wilayah Palestin yang diduduki.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin menafikan spekulasi Beijing mengubah pendiriannya terhadap kewujudan Israel.

“Seperti yang anda tahu, China dan Israel mempunyai hubungan diplomatik.

“Nama Israel masih terdapat pada peta standard digital pihak berkuasa China,” ujarnya.

China sebelum ini tegas menentang tindakan Israel membedil Genting Gaza.

Menteri Luar, Wang Yi menegaskan bahawa tindakan rejim Zionis sudah melampui batas dan tidak boleh dianggap sebagai tindakan mempertahankan diri.

Beliau turut meminta Tel Aviv supaya menghentikan hukumkan kolektif terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Israel membedil Gaza tanpa henti sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Tindakan Israel mendapat kecaman sebahagian besar anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menyasarkan orang awam, hospital dan sekolah.

Malah, rayuan antarabangsa bagi gencatan senjata segera tidak dipedulikan Israel yang memilih untuk terus membedil Gaza tanpa mempedulikan nyawa orang awam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini berkata, Hamas perlu diberikan tekanan demi tekanan dalam usaha menghapuskan kumpulan tersebut.

Setakat ini, angka kematian orang awam di Gaza melebihi 8,000 orang dengan sebahagian besar mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. – Agensi

1 2 3 762
Kembali UTAMA