PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

November 2023

Pak Nil dilantik duta Bertam Resort and Water Park Penang

in Hiburan by
Pak Nil dilantik duta Bertam Resort and Water Park Penang

MESKIPUN usianya sudah menginjak 61 tahun, aura personaliti popular, Datuk Aznil Nawawi masih menjadi pilihan apabila dilantik menjadi duta kepada pusat peranginan Bertam Resort and Water Park Penang, baru-baru ini.

Pemilihan pengacara popular itu dibuat selepas Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berjaya membuka mata ramai termasuk golongan selebriti dan kenamaan mengenai keindahan pusat peranginan itu yang baru dilancarkan secara rasmi pada September lalu.

Pengarah Urusan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd, Datuk Mohammed Iqbal S Habeeb Noohu berkata, dengan karisma serta pengaruh yang dimiliki oleh Aznil, pihaknya yakin beliau mampu menaikkan lagi jenama Bertam Resort and Water Park Penang bukan sahaja sebagai lokasi peranginan terkemuka di kawasan utara malah menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Sebagai hos, pelakon dan personaliti media yang terkenal di Malaysia, Pak Nil dilihat mampu menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berkunjung ke sini dan merasai sendiri pengalaman yang tiada tandingan apabila bercuti di resort ini.

“Pak Nil memainkan peranan penting dalam mempromosikan tawaran unik resort, termasuk penginapan bertaraf dunia, taman tema air yang menyeronokkan, pilihan tempat makan yang indah, rumah kelab serta pusat penjagaan kesihatan yang disediakan di sini,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pengumuman duta Bertam Resort and Water Park Penang serta pelancaran Suite Karaoke Oasis Rhythmnya yang diadakan baru-baru ini.

Berkongsi mengenai sambutan yang diterima, Mohammed Iqbal berkata, pusat peranginan bertaraf lima bintang yang berkonsepkan seni bina Arab dari Maghribi kini mendapat sambutan menggalakkan sejak mula beroperasi akhir tahun lalu.

Beliau berkata, keputusannya untuk menghidupkan semula tapak Bertam Resort and Water Park Penang yang sudah terbengkalai selama 13 tahun adalah tindakan yang tepat apabila ia berjaya menjadi destinasi pelancongan baharu selain mendapat reaksi sangat positif daripada orang ramai.

“Dengan pelbagai promosi yang disediakan, kita mahu pusat peranginan serta taman tema air yang disediakan di sini mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Pastinya Bertam Resort and Water Park Penang akan menjanjikan suatu pengalaman serta keseronokan yang luar biasa kepada pengunjung,” katanya lagi.

Sementara itu, Aznil ketika ditemui menzahirkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta kepada pusat peranginan bertaraf dunia yang dilihat berpotensi berkembang hebat seperti jenama antarabangsa lain.

Beliau mengakui pada mulanya sangsi dengan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh hotel baharu berkenaan ketika pertama kali menjejakkan kaki untuk bercuti pada tahun lalu.

“Saya pada mulanya hanya buat video untuk berkongsi pengalaman menginap di sini. Pada mulanya saya sangsi dengan tempat ini, ya la tak pernah dengarkan namun apabila melangkah masuk memang saya terpukau dengan keindahan yang sangat luar biasa.

“Tak sangka di kawasan Bertam di hujung Pulau Pinang ini ada satu pusat peranginan yang begitu cantik dan hebat, melalui perkongsian video Pak Nil sebelum ini rupanya berjaya memperkenalkan nama Bertam Resort kepada orang ramai,” katanya.

Aznil berkata, selepas video perkongsiannya mendapat perhatian ramai, beliau kemudian menerima jemputan daripada Mohammed Iqbal untuk menginap lebih lama di pusat peranginan itu pada Aidilfitri tahun lalu.

Sejak itu, katanya, hubungan beliau dengan pemilik pusat peranginan itu bertambah akrab hingga dilantik menjadi duta pada penghujung November lalu.

Beliau yang menyambut hari lahir ke 61 tahun baru-baru ini dan baru dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) menganggap rezeki yang tidak putus yang dinikmatinya adalah daripada ALLAH dan pastinya akan menggunakan segala kepakaran serta kebolehannya untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

“Selagi ALLAH tajamkan otak saya, selagi ALLAH berikan kesihatan serta mental yang sihat, saya akan terus bekerja dan memenuhi segala tanggungjawab yang diberikan.

“Sebab saya suka bekerja…kerja saya bukan kerja yang menyukarkan sebaliknya kerja saya semua yang menyeronokkan seperti pergi bercuti, menjadi cikgu dan mengajar selain saya suka berkongsi video serta pelbagai kandungan yang berfaedah terutama di platform TikTok,” katanya lagi.

Aznil yang popular dengan watak Profesor Klon dalam filem adiwira, Cicak Man berharap dengan ilmu yang akan dikongsikan kepada anak-anak di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM nanti mampu untuk melahirkan lebih ramai insan hebat pada masa akan datang selain beliau mahu menjadi sumber inspirasi kepada lebih 740,000 pengikut di TikTok melalui video serta kandungan positif yang dikongsikannya selama ini.

Pak Nil dilantik duta Bertam Resort and Water Park Penang

in Semasa by
Pak Nil dilantik duta Bertam Resort and Water Park Penang

MESKIPUN usianya sudah menginjak 61 tahun, aura personaliti popular, Datuk Aznil Nawawi masih menjadi pilihan apabila dilantik menjadi duta kepada pusat peranginan Bertam Resort and Water Park Penang, baru-baru ini. Pemilihan pengacara popular itu dibuat selepas Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berjaya membuka mata ramai termasuk golongan selebriti dan kenamaan mengenai keindahan pusat peranginan itu yang baru dilancarkan secara rasmi pada September lalu. Pengarah Urusan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd, Datuk Mohammed Iqbal S Habeeb Noohu berkata, dengan karisma serta pengaruh yang dimiliki oleh Aznil, pihaknya yakin beliau mampu menaikkan lagi jenama Bertam Resort and Water Park Penang bukan sahaja sebagai lokasi peranginan terkemuka di kawasan utara malah menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. ”Sebagai hos, pelakon dan personaliti media yang terkenal di Malaysia, Pak Nil dilihat mampu menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berkunjung ke sini dan merasai sendiri pengalaman yang tiada tandingan apabila bercuti di resort ini. ”Pak Nil memainkan peranan penting dalam mempromosikan tawaran unik resort, termasuk penginapan bertaraf dunia, taman tema air yang menyeronokkan, pilihan tempat makan yang indah, rumah kelab serta pusat penjagaan kesihatan yang disediakan di sini,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pengumuman duta Bertam Resort and Water Park Penang serta pelancaran Suite Karaoke Oasis Rhythmnya yang diadakan baru-baru ini. Berkongsi mengenai sambutan yang diterima, Mohammed Iqbal berkata, pusat peranginan bertaraf lima bintang yang berkonsepkan seni bina Arab dari Maghribi kini mendapat sambutan menggalakkan sejak mula beroperasi akhir tahun lalu. Beliau berkata, keputusannya untuk menghidupkan semula tapak Bertam Resort and Water Park Penang yang sudah terbengkalai selama 13 tahun adalah tindakan yang tepat apabila ia berjaya menjadi destinasi pelancongan baharu selain mendapat reaksi sangat positif daripada orang ramai. ”Dengan pelbagai promosi yang disediakan, kita mahu pusat peranginan serta taman tema air yang disediakan di sini mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. ”Pastinya Bertam Resort and Water Park Penang akan menjanjikan suatu pengalaman serta keseronokan yang luar biasa kepada pengunjung,” katanya lagi. Sementara itu, Aznil ketika ditemui menzahirkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta kepada pusat peranginan bertaraf dunia yang dilihat berpotensi berkembang hebat seperti jenama antarabangsa lain. Beliau mengakui pada mulanya sangsi dengan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh hotel baharu berkenaan ketika pertama kali menjejakkan kaki untuk bercuti pada tahun lalu. ”Saya pada mulanya hanya buat video untuk berkongsi pengalaman menginap di sini. Pada mulanya saya sangsi dengan tempat ini, ya la tak pernah dengarkan namun apabila melangkah masuk memang saya terpukau dengan keindahan yang sangat luar biasa. ”Tak sangka di kawasan Bertam di hujung Pulau Pinang ini ada satu pusat peranginan yang begitu cantik dan hebat, melalui perkongsian video Pak Nil sebelum ini rupanya berjaya memperkenalkan nama Bertam Resort kepada orang ramai,” katanya. Aznil berkata, selepas video perkongsiannya mendapat perhatian ramai, beliau kemudian menerima jemputan daripada Mohammed Iqbal untuk menginap lebih lama di pusat peranginan itu pada Aidilfitri tahun lalu. Sejak itu, katanya, hubungan beliau dengan pemilik pusat peranginan itu bertambah akrab hingga dilantik menjadi duta pada penghujung November lalu. Beliau yang menyambut hari lahir ke 61 tahun baru-baru ini dan baru dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) menganggap rezeki yang tidak putus yang dinikmatinya adalah daripada ALLAH dan pastinya akan menggunakan segala kepakaran serta kebolehannya untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. ”Selagi ALLAH tajamkan otak saya, selagi ALLAH berikan kesihatan serta mental yang sihat, saya akan terus bekerja dan memenuhi segala tanggungjawab yang diberikan. ”Sebab saya suka bekerja…kerja saya bukan kerja yang menyukarkan sebaliknya kerja saya semua yang menyeronokkan seperti pergi bercuti, menjadi cikgu dan mengajar selain saya suka berkongsi video serta pelbagai kandungan yang berfaedah terutama di platform TikTok,” katanya lagi. Aznil yang popular dengan watak Profesor Klon dalam filem adiwira, Cicak Man berharap dengan ilmu yang akan dikongsikan kepada anak-anak di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM nanti mampu untuk melahirkan lebih ramai insan hebat pada masa akan datang selain beliau mahu menjadi sumber inspirasi kepada lebih 740,000 pengikut di TikTok melalui video serta kandungan positif yang dikongsikannya selama ini.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

'Peningkatan bagus tapi jangan biar lemas'

in Semasa by
'Peningkatan bagus tapi jangan biar lemas'

PENINGKATAN mendadak ranking yang dinikmati skuad Harimau Malaya memberikan tonik tambahan sebelum menghadapi saingan Piala Asia di Qatar pada Januari depan. Penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, peningkatan sehingga tujuh anak tangga dari kedudukan ke-137 ke kedudukan ke-130 dunia selain ranking terbaik sejak 18 tahun lalu merupakan satu petanda baik untuk pasukan negara. Menurutnya, peningkatan itu juga menandakan pasukan negara tampak realistik untuk mencabar kedudukan kelompok 120 dunia pada tahun depan. “Ia satu tonik yang baik untuk Harimau Malaya dalam mengharungi saingan di Piala Asia. ”Saya mengharapkan di kejohanan itu nanti, walaupun agak sukar kita mampu buat sesuatu. “Sekurangnya untuk masuk ke fasa kedua F:30 ini iaitu untuk mencabar Asia dan berada di kedudukan kelompok ke-120 dunia, kita tidak boleh berdepan kekalahan demi kekalahan (dalam Piala Asia). “Ia kerana kita sudah ada peningkatan (ranking) yang banyak dan jika tewas kita akan ‘lemas’ dan jatuh balik ke ranking bawah. Itu kita kena elakkan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis. Skuad Harimau Malaya mencatatkan peningkatan ranking mendadak apabila kini berada di kedudukan ke-130 dunia selepas pencapaian cemerlang dalam aksi Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Menerusi kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, skuad negara berjaya naik tujuh anak tangga daripada kedudukan sebelum ini iaitu ke-137 dunia. Peningkatan itu disumbangkan melalui kemenangan ke atas Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menewaskan Taiwan 1-0 di Stadium Perbandaran Taipei. Ia sekali gus menyaksikan Harimau Malaya memungut 26.15 mata untuk mengumpul 1,122.87 mata – pungutan mata terbaik dicatatkan tahun ini. Malah, kedudukan ini juga amat positif kerana kali terakhir pasukan bola sepak negara mencapai ranking 130 dan kebawah adalah ketika 2005 (ranking ke-123). Selepas ini, skuad negara akan menghadapi dua aksi persahabatan sebelum menghadapi ujian getir di Piala Asia apabila diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan aksi konsisten dipamerkan Harimau Malaya untuk meletakkan pasukan di kedudukan ranking lebih baik selain tidak tewas kepada pasukan di ranking yang lebih lemah. ”Walaupun ada peningkatan tetapi kalau kita lihat peningkatan yang ditunjukkan dari segi ranking dalam setahun ini agak perlahan. ”Kita mengharapkan peningkatan yang drastik boleh berlaku tahun depan. ”Dalam masa sama, kita juga perlu berhati-hati untuk tidak tewas dengan pasukan yang lebih lemah kerana ia akan menyebabkan mata ranking lebih banyak turun,” katanya.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Sabah FC mara saingan kalah mati Piala AFC

in Sukan by
Sabah FC mara saingan kalah mati Piala AFC

Saddil Ramdani meraikan jaringan rakan sepasukan ketika menentang Hougang United di Stadium Jalan Besar, pada Khamis. – Foto AFC

SABAH FC mengesahkan slot pusingan kalah mati saingan Piala AFC selepas menewaskan wakil Singapura, Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Pada aksi Kumpulan H itu, tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki pemain pertahanan Hougang, Naoki Kuriyama yang mahu mengeluarkan bola pada minit ke-16.

Bagaimanapun, keadaan hujan lebat berserta petir memaksa perlawanan yang bermula pada 8 malam itu dihentikan lebih 30 minit.

Sebaik permainan dimulakan semula, skuad Sang Badak terus mendahului permainan 2-0 apabila giliran Darren Lok mencetak nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, hantaran lintang Miguel Angel Garrido Cifuentes ke dalam kotak penalti yang mahu ditanduk keluar pemain pertahanan Hougang, melambung ke atas sebelum Ramon Machado bijak mengambil kesempatan merembat padu menerjah gawang Hougang pada minit ke-50 untuk gol ketiga Sabah.

Hougang terus dirundung malang sekali gus menggembirakan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang meraih gol keempat apabila Anders Aplin menjaringkan sendiri pada minit ke-77.

Memasuki masa kecederaan, pasukan tuan rumah memperoleh gol sagu hati menerusi Gabriel Quak sebelum wisel penamat ditiup.

Keputusan diraih di Singapura itu menyaksikan Sabah selesa menerajui Kumpulan H dengan 12 mata, berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan dan akan berdepan wakil Indonesia PSM Makassar pada 14 Disember ini.

Saingan Kumpulan H dalam masa sama menyaksikan wakil Vietnam Hai Phong FC dan PSM Makassar masing-masing berkongsi tujuh mata di kedudukan kedua dan ketiga kumpulan selepas terikat seri 1-1 dalam satu lagi aksi berlangsung malam ini. – Bernama

Wanita India dinobat simpan rambut terpanjang di dunia

in Global by
Wanita India dinobat simpan rambut terpanjang di dunia

NEW DELHI – Seorang wanita dari Uttar Pradesh, India memegang Guinness World Record (GWR) apabila dinobatkan memiliki rambut terpanjang di dunia dan masih hidup.

Smita Srivasta, 46, dikatakan menahan keinginan memotong rambut sejak berusia 14 tahun dan panjang rambut terkini 2.3 meter.

Srivasta berkata, idea menyimpan rambut panjang itu selepas melihat rambut seorang pelakon wanita terkenal pada tahun 1980-an.

“Dalam budaya India, dewi menyimpan rambut panjang manakala tradisi kami memotong rambut dianggap tidak ‘menguntungkan’.”Sebenarnya rambut panjang meningkatkan kecantikan setiap wanita,” katanya.

Menurut GWR, Srivasta mencuci rambutnya dua kali seminggu.Keseluruhan proses seperti mencuci, mengeringkan, meleraikan kekusutan dan menggayakan rambutnya akan mengambil masa tiga jam.

Semasa mencucinya, dia mengambil masa 30 hingga 45 minit dan selebihnya mengambil masa dua jam.

“Saya meletakkan rambut atas cadar katil untuk meleraikan rambut sambil berdiri atas katil,” tambahnya.

Menurutnya lagi, setiap kali dia keluar dari rumah, orang ramai kelihatan ‘kagum’ dan mereka menyatakan tidak percaya melihat wanita zaman moden masih menyimpan rambut panjang.

“Orang ramai datang kepada saya, mereka menyentuh rambut, mengambil gambar dan berswafoto dengan saya selain bertanyakan produk untuk merapikan rambut supaya nampak cantik dan berkilat.

“Saya memberitahu rahsia mengenai penjagaan rambut dan ada segelintir daripada mereka menyatakan niat untuk melakukan perkara sama,” katanya.

Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat

in Semasa by
Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat

SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki di Selangor pada Rabu kerana didakwa mencederakan mata kiri ibu angkatnya selepas berlaku selisih faham dalam kejadian pada 11 November lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 67 tahun yang merupakan pesara itu membuat laporan polis pada Selasa lepas, berhubung kejadian itu. Menurutnya, lelaki berusia 25 tahun itu merupakan anak angkat wanita tersebut yang dibelanya sejak berumur 10 hari. ”Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari di rumah pengadu di Taman Seremban Jaya Idaman di sini. Selisih faham terjadi apabila suspek mendesak hak milik rumah pengadu dipindahkan kepada anak suspek. ”Suspek tiba-tiba membaling sesuatu ke arah pengadu sehingga menyebabkan mata kirinya (pengadu) cedera dan mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Ujarnya, suspek juga telah mengambil kenderaan jenis Honda Civic milik pengadu untuk kegunaannya. ”Berikutan itu hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menangkap suspek di Taman BBS, Gombak, Selangor pada jam 1.50 tengah hari, Rabu. ”Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes dadah dan satu jenayah. ”Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan direman selama empat hari bagi melengkapkan siasatan,” katanya.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

SMK Meru waspada muslihat SMK Sultan Abdul Samad

in Semasa by
SMK Meru waspada muslihat SMK Sultan Abdul Samad

GOL masa kecederaan pemain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Danish Iman Mohd Hizwan membolehkan pasukan dari Klang itu menjinakkan SMK Syed Mashor, 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari 2023 Bawah 15 tahun (B-15) di padang B Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 28 Shah Alam. Kemenangan itu menyaksikan pasukan kendalian Mat Hassan Mat Rofi dari Klang tersebut menempah slot separuh akhir berdepan SMK Sultan Abdul Samad di venue sama pada Jumaat. SMK Sultan Abdul Samad dari Petaling Jaya mara ke kelompok empat terbaik selepas mengatasi cabaran SMK USJ 4, Subang Jaya, 4-3 di padang JSA Arena Setia Alam. ”Alhamdulillah syukur, saya berpuas hati dengan disiplin dan ketenangan pemain-pemain walaupun kami terpaksa menunggu sehingga masa kecederaan. ”Pujian juga kepada Danish antara pemain menyerlah dalam perlawanan ini apabila tidak mempersia-siakan peluang dengan tenang melakukan tindakan penyudah untuk gol kemenangan pasukan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis. Mengenai persediaan berdepan SMK Sultan Abdul Samad, Mat Hassan berkata,” Untuk recovery pemain-pemain kami ada buat rendam ais selepas perlawanan dan pemain digalakkan minum banyak air putih. ”Setakat ini semua pemain SMK Meru termasuk kesebelasan utama bebas dari pergantungan perlawanan menjelang aksi separuh akhir. ”Biarpun begitu, saya mengingatkan pemain-pemain supaya tidak membuat kesilapan sehingga dilayangkan kad amaran yang boleh menyebabkan penggantungan perlawanan seterusnya merugikan pasukan,” katanya. Mengenai SMK Sultan Abdul Samad, Mat Hassan menyifatkan lawan anak buahnya itu sebuah skuad yang mampu menghadirkan kejutan sekiranya para pemain memandang rendah keupayaan pasukan tersebut. ”Kita mesti kekal fokus dengan perancangan pasukan kerana bagi saya pasukan lawan mampu membuat kejutan, tambahan pula semua lawan memiliki kualiti apabila berada di peringkat empat terbaik. ”Namun begitu kami barisan kejurulatihan SMK Meru, Cikgu Sabri Jaafar, Cikgu Nazreen Naim, Cikgu Faniezat, Cikgu Syukri dan Coach Azhar yakin dengan kemampuan pemain-pemain untuk mengharungi tekanan dan menampilkan permainan terbaik seterusnya melangkah ke perlawanan akhir,” katanya. Dalam pada itu, Mat Hassan mewakili barisan pemain dan kejurulatihan pasukan bola sepak SMK Meru berterima kasih kepada, semua yang memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung kepada pasukan tersebut. ”Saya, barisan kejurulatihan dan pemain amat berterima kasih dengan sokongan padu PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan pentabir SMK Meru yang sentiasa memberi sokongan kepada kami dalam mengharungi kempen Piala Datuk Mokhtar Dahari 2023. ”Sokongan PIBG dan pentabir SMK Meru secara tidak langsung meningkat motivasi pemain-pemain mengharumkan nama sekolah seterusnya daerah Klang,” katanya. Sebagai rekod,, kejohanan tahunan ini mendapat tajaan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) manakala Sinar Harian sebagai akhbar rasmi.
Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

1 2 3 901
Kembali UTAMA