PORTAL SINARHARIAN

Author

balqis

balqis has 3785 articles published.

Terlalu banyak jasa Allahyarham Salahuddin – Syed Saddiq

in Berita Semasa by
Terlalu banyak jasa Allahyarham Salahuddin – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Beliau yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, paling tidak dilupakan apabila Allahyarham menghubunginya semasa daerah Muar dilanda bencana banjir.

Katanya, Allahyarham Salahuddin merupakan seorang pemimpin yang cukup cakna terhadap isu rakyat, malah banyak memberikan tunjuk ajar sewaktu Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/N3It

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo

Warga KPDN ingat pesanan Salahuddin, jadikan amalan bantu rakyat sebagai ibadah

in Berita Semasa by
Warga KPDN ingat pesanan Salahuddin, jadikan amalan bantu rakyat sebagai ibadah

Warga KPDN ingat pesanan Salahuddin, jadikan amalan bantu rakyat sebagai ibadah

BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan sentiasa mengingati pesanan daripada bekas menterinya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub agar jangan ada ‘orang susah’ dalam kalangan rakyat di negara ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, Allahyarham juga sering mengingatkan agar segala tindakan di kementerian berkenaan perlu dijadikan sebagai ‘ibadah’ dan amal soleh dengan terus membantu rakyat.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/MSYh

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo

Anwar imamkan solat jenazah Salahuddin, turut disertai menteri

in Berita Semasa by
Anwar imamkan solat jenazah Salahuddin, turut disertai menteri

BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

PM imamkan solat jenazah Allahyarham Salahuddin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot Serkat Pontian pada jam 11 pagi, Isnin, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Solat jenazah itu turut disertai ahli-ahli politik, saudara-mara, rakan taulan dan masyarakat setempat.

Turut memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/MQtN

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo

Sumbangan Salahuddin dikenang rakyat

in Berita Semasa by
Sumbangan Salahuddin dikenang rakyat

BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada malam Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan negara kehilangan seorang pemimpin yang bekerja keras dalam memperjuangkan isu rakyat.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/MFWf

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo

PRN: Penyokong PKR tolak calon Ampangan?

in Berita Semasa by
PRN: Penyokong PKR tolak calon Ampangan?

SEREMBAN – Suasana Majlis Pengenalan Calon Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan di sini pada malam Ahad sedikit panas apabila beberapa penyokong PKR menjerit ‘tukar Ampangan’, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Tindakan itu difahamkan selepas mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan Ketua Wanita Cabang Seremban, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman yang dipilih sebagai calon Ampangan.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/MnCT

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo

Salahuddin maafkan semua orang sebelum tidur – Tze Tzin

in Politik by

Tze Tzin (kiri) berkongsi gambar bersama Allahyarham Salahuddin di laman Facebooknya.

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan Datuk Seri Salahuddin Ayub sentiasa memaafkan semua musuh dan orang yang menyakitkan hati beliau sebelum tidur.

Tze Tzin berkata, amalan tersebut menjadikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu sentiasa reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari.

Menurutnya, Timbalan Presiden Amanah itu juga seorang yang peramah dan baik hati.

“Sim, kamu tahu kenapa saya reda dan senang hati setiap hari?

“Setiap malam, sebelum saya tidur, saya maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya… barulah saya tidur.

“Ini ajaran bekas boss saya DS (Datuk Seri) Salahuddin Ayub kepada saya. Beliau begitu baik hati dan peramah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada malam Ahad.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.23 malam Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.

Salahuddin sebelumnya telah dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam Jumaat setelah mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Tze Tzin yang merupakan timbalan kepada Allahyarham di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini berkata, beliau sempat menziarahi bos lamanya itu di hospital petang Ahad dan menangis sepanjang perjalanan pulang dari Alor Setar ke Pulau Pinang.

“My heart was broken (hati saya luluh),” ujarnya.

'Arwah abang sangat ambil berat hal keluarga' – Adik

in Nasional by

Ghazaley dan Fatimah ketika ditemui di Masjid Jamek Haji Dato Noh Gadut di Serkat pada Isnin.
PONTIAN – “Abang seorang yang sangat mengambil berat hal keluarga dan akan pulang ke kampung walaupun sibuk, demi cium tangan mak, Aminah Abdullah, 83,” kata Ghazaley Ayub, 56.

Adik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub itu berkata, selepas pemergian ayah tahun 2009, abangnya itu mengambil tanggungjawab terhadap dua adiknya.

“Sebagai abang sulung, dia (Salahuddin) sangat bertanggungjawab dan tidak pernah melupakan ibu. Kami sekeluarga sentiasa bersama abang menghurungi liku perjalanan bergelar ahli politik sehingga dia berjaya menjadi menteri.

“Saya dan keluarga reda dengan pemergian abang. Alhamdulilah urusan membawa jenazah dari Alor Setar ke Serkat berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Haji Dato Noh Gadut di Serkat pada Isnin.

Ghazaley berkata, sebaik diberitahu tentang abangnya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Subuh Jumaat, dia bergegas dari Alor Setar, Kedah.

“Saya tiba di HSB pada jam 11 pagi dan doktor pakar memaklumkan keadaan kritikal ketika itu selain harapan untuk pulih tipis.

“Walaupun sukar diterima tetapi saya tetap berharap ada perkembangan yang positif untuk abang. Namun ALLAH lebih menyayanginya dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” ujarnya.

Sementara itu, isteri balu Allahyarham Datin Seri Fatimah Taha memberitahu, dia sentiasa berada di sisi suaminya ketika menerima rawatan di HSB.

“Kebetulan saya ikut dia (Allahyarham) ke program. Dia tidak keseorangan ketika itu. Saya ada di sisinya dan saya tidak dapat bayangkan jika keseorangan dengan keadaan sawan.

“Dia (Allahyarham) sentiasa balik walaupun dia tinggalkan saya untuk hadiri program, sekarang dia tinggalkan saya dan dia tak akan balik,” katanya.

Hasil perkongsian hidup, Allahyarham dan Fatimah dikurniakan enam orang anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram meninggal dunia pada 9.23 malam Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.

Pada Jumaat, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam, setelah mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

SPR tunggu pemakluman kekosongan kerusi Pulai, Simpang Jeram

in Nasional by
SPR tunggu pemakluman kekosongan kerusi Pulai, Simpang Jeram

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram susulan penyandangnya meninggal dunia.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas untuk menentukan writ-writ penting pilihan raya, akan ditentukan suruhanjaya itu sebaik menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker.

“Kami tunggu pemakluman rasmi kekosongan Parlimen dari Speaker Dewan Rakyat dan DUN Johor dari Speaker Johor,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kedua-dua kawasan itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada Ahad.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

‘Berehatlah sahabatku…’ – Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang – Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman – Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai

Salahuddin rakan baik, budiman – Sanusi

in Berita Semasa by
Salahuddin rakan baik, budiman – Sanusi

BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan takziah kepada keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada malam Ahad.

Muhammad Sanusi berkata, khidmat bakti Ahli Parlimen Pulai untuk menangani kenaikan harga barangan pastinya amat dirasai.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sosok yang hebat dan merupakan seorang yang budiman.

Artikel: http://bitly.ws/MnPf

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo

Pemergian Salahuddin Ayub ditangisi

in Berita Semasa by
Pemergian Salahuddin Ayub ditangisi

BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub merupakan figura penting dalam masyarakat setelah menjadi pencetus pelbagai Inisiatif Rahmah yang memberi banyak kelegaan kepada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.

Pemergian Allahyarham tentunya amat dirasai segenap lapisan rakyat.

Al Fatihah…

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

1 2 3 379
Kembali UTAMA