PORTAL SINARHARIAN

Category archive

Edisi - page 610

Edisi

Tebing sungai makin terhakis

TUMPAT – Hujan tidak menentu menyebabkan seorang ibu tunggal di Kampung Kok Keli, di sini, tidak dapat tidur lena kerana khuatir rumahnya runtuh. Sadiah Harun, 55, kebimbangan itu disebabkan tebing sungai Selehor terhakis dan ia terlalu hampir dengan Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami sejak 12 tahun lalu. … Berita Selanjutnya

Edisi

Pemuda maut motosikal terperosok bawah treler

JELI – Seorang pemuda maut apabila motosikal ditunggangnya terperosok ke bawah treler berhampiran stesen minyak di Cheduk di sini, semalam. Dalam kejadian kira- kira jam 6.30 petang itu, Mohd Afizi Ahmad Hamdan, 22, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Lanas. Difahamkan, mangsa bersiar- siar bersama dua rakannya, ,… Berita Selanjutnya

Edisi

Gadis tertekan dipandang serong

KOTA BHARU – Gadis api misteri mengakui tertekan dengan layanan masyarakat sekeliling berikutan ada yang takut kepadanya akibat gangguan makhluk halus yang dialami. Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, berkata, sejak gangguan itu, kehidupannya berubah dan tertekan akibat pandangan serong masyarakat terhadap dia serta keluarga. “Mana-mana saya pergi, orang jadi… Berita Selanjutnya

Edisi

Megat Nordin terlantar sakit bengkak hati

KOTA BHARU – Pendikir tersohor Megat Nordin kini terlantar menderita menghidap penyakit bengkak hati dan perutnya dikatakan semakin membuncit. Megat Nordin  atau nama sebenarnya, Nordin Yusoff berusia 56 tahun yang dikesan menghidap penyakit kronik tersebut sejak setahun lalu itu kini berehat di Kampung Chepa ditemani keluarga tersayang. Berkongsi penderitaan penyakit… Berita Selanjutnya

Edisi

Fokus tiga aspek utama pembangunan Orang Asli

JELI – Tiga aspek utama akan terus diberi penekanan oleh kerajaan dalam membangunkan taraf kehidupan dan sosio ekonomi masyarakat Orang Asli di negeri ini. Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya memandang serius ketiga- tiga aspek berkenaan yang melibatkan pendidikan, kesihatan dan sumber pendapatan. “Aspek kesihatan perlu lagi… Berita Selanjutnya

Edisi

Tahfiz Istiqamah Badang waspada

KOTA BHARU – Tahfiz Istiqamah Badang ambil iktibar di atas kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara. Guru agama pusat tahfiz itu, Mohd Firdaus Mansol berkata, selain tawakal dengan ketentuan dan ujian ALLAH SWT, pihaknya juga sentiasa menitikberatkan soal keselamatan 12 pelajar tahfiz di… Berita Selanjutnya

Edisi

HSN lepasi sasaran

MACHANG – Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Kelantan berlangsung meriah dengan penyertaan  pelbagai lapisan masyarakat kanak-kanak bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang 2, semalam. Program yang dijayakan kira-kira 15,000 peserta itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Amir Zakri Mahmad Mahyidin. Bermula seawal jam 7 pagi, pelbagai acara… Berita Selanjutnya

Edisi

PPSSS buat laporan polis, gesa siasat Wan Ji

SHAH ALAM – Pertubuhan Pencak Silat Seranteh Selangor (PPSSS) menggesa polis menyiasat penceramah, Wan Ji Wan Hussein yang didakwa mendedahkan rancangan untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu termasuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Pengerusi Dewan Perguruan PPSSS, Dr Ibrahim [email protected] berkata, menerusi ceramah itu, Wan Ji yang juga Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri… Berita Selanjutnya

Edisi

Ambil masa sembilan jam keluarkan mayat

KUALA LANGAT – Pihak berkuasa terpaksa berkampung hampir sembilan jam di lokasi kemalangan untuk keluarkan mayat pemandu lori yang tersepit dalam kenderaan itu. Pada mulanya mereka menyangka pemandu lori itu melarikan diri selepas kejadian, namun terkejut mendapati mangsa rupa-rupanya berada dalam kenderaan yang remuk teruk serta dipenuhi tanah dan lumpur di dalam… Berita Selanjutnya

Edisi

PSM umum bertanding di Dun Kota Lama

KOTA BHARU – Biarpun dianggap sebagai parti yang kecil namun Parti Sosialis Malaysia (PSM) berani meletakkan seorang calon mereka di Kelantan pada PRU14 nanti. Pada pilihan raya umum nanti PSM memilih untuk bertanding di Dun Kota Lama dengan mempertaruhkan seorang aktivis muda iaitu Khairul Nizam Abd Ghani yang juga Pengarah Penyelidikan NGO… Berita Selanjutnya

1 608 609 610 611 612 627
Kembali UTAMA