PORTAL SINARHARIAN

Category archive

Lidah Pengarang - page 3

Lidah Pengarang

Beri peluang kepada Zii Jia bukti kemampuan

JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia harus diberi peluang dan ruang bagi membuktikan kemampuan dirinya selepas membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk tampil secara profesional pada awal tahun ini. Sejak beberapa hari lalu, sudah kedengaran kritikan dan kecaman daripada peminat sukan badminton negara terhadap Zii Jia susulan kegagalannya mempertahankan kejuaraan Seluruh… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

Pengundi muda perlu sedar tanggungjawab

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan buat pertama kalinya pelaksanaan Undi18 iaitu pengundi berusia 18 tahun layak mengundi secara automatik. Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 14 Januari, seramai 5.8 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas setakat 31 Disember telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi baharu apabila Undi18 berkuat kuasa.… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

Jangan gembira hari ini, menyesal kemudian

POLEMIK isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya selesai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 secara one-off buat kali terakhir. Keputusan Perdana Menteri itu diambil selepas dua minggu Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengeluarkan kenyataan bahawa perbadanan itu tidak bercadang untuk… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

Anak muda di Johor perlu ambil peluang

PERSOALAN siapa dilantik menjadi Menteri Besar Johor terjawab pada Selasa apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi disahkan menjawat jawatan tertinggi pentadbiran kerajaan negeri itu. Pastinya pelantikan tersebut menimbulkan sedikit kejutan kerana sebelum ini ramai yang menyangkakan kerusi tersebut akan disandang semula ADUN Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad seperti yang diumumkan… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

Implikasi jika naikkan harga minyak

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini memberi bayangan kerajaan mungkin mengkaji semula subsidi produk petroleum supaya hanya kelompok yang layak menerimanya. Menurutnya, jumlah subsidi petrol oleh kerajaan dijangka bertambah kepada RM28 bilion pada 2022 berbanding RM11 bilion pada 2021 sekiranya harga minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 setong. Kata beliau,… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

PRU15: Rasional dalam membuat keputusan

PENDEKATAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak terburu-buru mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sebalik desakan kelompok tertentu wajar diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak. Seperti dinyatakan Ismail Sabri, keputusan untuk mengadakan PRU15 perlu dilakukan secara serius dalam parti dan perlu melibatkan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

Pengundi sudah lesu atau protes?

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan jumlah pengundi yang amat kecil berbanding pilihan raya lain. Ada banyak faktor menyebabkan jumlah peratusan itu rendah, antaranya ialah kebimbangan terhadap penularan Covid-19. Faktor kedua ialah pengundi yang tinggal di luar Johor tidak pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Sementara faktor ketiga ialah pengundi merasakan pilihan raya itu sebenarnya… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

Jangan hanya tinggal janji manis…

ESOK rakyat Johor yang layak mengundi bakal memilih 56 Yang Berhormat bagi mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing kali ini. Seramai 239 calon daripada 11 parti politik termasuk calon bebas layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. Begitulah meriahnya PRN Johor kali ini dengan menyaksikan dua kerusi DUN membabitkan pertembungan tujuh penjuru… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

Prestasi cemerlang KWSP wajar dipuji

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus bagi Simpanan Syariah bagi tahun 2011. Pengumuman itu memperlihatkan peningkatan berbanding 2020. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, prestasi membanggakan itu adalah hasil pendekatan kepelbagaian portfolio yang berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), yang memastikan KWSP… Berita Selanjutnya

Lidah Pengarang

Krisis Ukraine-Rusia masih tiada titik noktah

KRISIS Ukraine-Rusia masih lagi tiada titik noktah susulan Ukraine menolak tawaran Rusia untuk membuka koridor kemanusiaan yang akan membolehkan pelarian dari bandar yang diserang memasuki Rusia dan Belarus. Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk tegaskan ia bukan tawaran yang boleh diterima. Tentera Rusia sebelum ini memaklumkan membuka koridor daripada empat bandar Ukraine iaitu Kharkiv, Kiev,… Berita Selanjutnya

1 2 3 4 5 22
Kembali UTAMA