PORTAL SINARHARIAN

Category archive

Pojok - page 22

Pojok

Patut kuarantin di rumah tapi selamba jamu selera di restoran

MERAK Jalanan bimbang dengan sikap segelintir sikap rakyat Malaysia yang baharu pulang dari luar negara dan enggan patuh kepada arahan kuarantin. Mula-mula tular gambar seorang wanita pertengahan umur memakai gelang kuarantin Covid-19 sedang makan di restoran di Perak. Kemudian, muncul pula foto tag merah jambu ditemui di atas lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).… Berita Selanjutnya

Pojok

Pengguna Air Selangor marah bil naik tak munasabah

SELAIN marah harga barang keperluan naik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, perasaan meluap-luap juga terbuku dalam hati pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Melihat komen-komen yang dipaparkan dalam Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sejak seminggu lalu, perkara itu rasanya cukup serius dan perlu diatasi segera. Kata seorang… Berita Selanjutnya

Pojok

Covid-19 tidak mampu tewaskan durian

SEMALAM ada kalangan ahli keluarga Merak Jalanan yang teringin nak makan durian. Sebenarnya Merak Jalanan tidak suka ke tempat awam disebabkan Covid-19 ini, tetapi dek kerana permintaan dan harapan mereka yang mahukan durian, kerisauan mengenai Covid-19 diketepikan demi durian. Maka misi mencari buah durian pun segera dilakukan di sekitar Lembah Klang. Setelah banyak tempat ditinjau… Berita Selanjutnya

Pojok

Tinggalkan normal lama main mercun, bunga api ketika Aidilfitri

Aidilfitri 2020 disambut berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ia diraikan dengan normal baharu yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa. Pada kali ini, sambutannya sederhana kerana ramai yang berjimat-cermat dengan mengehadkan pembelian pakaian, kelengkapan rumah dan kuih-muih akibat terkesan dengan penularan koronavirus (Covid-19). Malah, aktiviti kunjung-mengunjung dan bermaaf- bermaafan juga berubah daripada bertentang mata kepada berlangsung secara… Berita Selanjutnya

Pojok

Kematian akibat koronavirus dianggap normal baharu

KEMATIAN pertama akibat Covid-19 berlaku di Wuhan, China pada 9 Januari lalu. Sejak itu, wabak itu telah meragut lebih 348,000 nyawa di seluruh dunia sehingga semalam. Angka itu lebih besar berbanding keseluruhan korban akibat SARS, H1N1, Mers dan Ebola. Malah, Merak Jalanan dapati koronavirus membunuh lebih ramai manusia berbanding punca-punca kematian biasa yang lain dalam… Berita Selanjutnya

Pojok

Tongkat baca khutbah hari raya pun dijadikan bahan lawak

MERAK JALANAN tak faham betul dengan perangai rakyat Malaysia sekarang. Ada saja yang hendak dikongsikan di media sosial walaupun adakalanya mengarut dan tak kena gaya, semata-mata untuk mendapatkan perhatian netizen. Pada 1 Syawal yang lepas, solat Aidilfitri berjemaah tidak dibenarkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19). Oleh yang demikian,… Berita Selanjutnya

Pojok

Pertama kali Kuala Lumpur meriah pada hari raya

HANYA tinggal dua hari lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang cukup aneh. Suasana yang tidak pernah dijangka atau dirasai oleh mana-mana generasi sebelum kita. Seperti tahun-tahun sebelum ini, ratusan ribu kenderaan sepatutnya sudah pun meninggalkan Lembah Klang dan menjadikan ibu negara ini kosong seolah-olah tidak berpenghuni. Tahun ini… Berita Selanjutnya

Pojok

Mood rendang raya dan pakej promosi Instagram

KALAU awal Ramadan lalu, Merak Jalanan sering memilih menu berbuka puasa juadah yang ringkas dan ala kadar sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini, selera Merak Jalanan lebih gemar memilih makanan ala Syawal pula. Bukan apa, pelbagai menu menarik dan pakej juadah Aidilfitri asyik berlalu di timeline Instagram Merak Jalanan. Ada rendang, ada nasi hujan panas, ada… Berita Selanjutnya

Pojok

Belajarlah daripada kerendahan hati Sugu, Pavithra

LUPAKAN sekejap hal-hal politik yang banyak drama dan tikam-menikam sejak beberapa bulan ini. Merak Jalanan tertarik dengan kisah saluran video YouTube masakan sepasang suami isteri berketurunan India yang kini menjadi bualan ramai di internet. Lebih daripada sekadar belajar memasak, terdapat 1,001 kisah menarik yang boleh kita pelajari daripada perjalanan kisah video rakyat Malaysia, S Pavithra,… Berita Selanjutnya

Pojok

Rambut menteri tetap pendek selepas dua bulan PKP

SEJAK kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hampir semua kedai sudah dibenarkan menjalankan perniagaan. Namun, masih terdapat beberapa bisnes yang dilarang buka kedai. Salah satunya ialah kedai gunting. Lalu timbullah rasa tidak puas hati dalam kalangan pengusaha kedai gunting. Mereka kemudian merayu kepada kerajaan agar bisnes gunting rambut dibuka segera. Kata mereka, kalau kerajaan… Berita Selanjutnya

Kembali UTAMA