PORTAL SINARHARIAN

Category archive

Tragedi - page 8

Helikopter terhempas: Keluarga belum dibenar cam mayat

in Tragedi by

KUALA LUMPUR – Proses pengecaman mayat mangsa korban nahas helikopter di Taman Melawati tidak dapat dibuat hari ini.

Menurut ahli keluarga salah seorang mangsa, Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, 48, saringan koronavirus (Covid-19) perlu dilakukan dahulu dan ditentukan negatif sebelum sebarang proses pengecaman dibuat.

“Jika positif, Kementerian Kesihatan (KKM) akan ambil terus. Jika negatif baru ahli keluarga dibenarkan untuk lihat dan buat pengecaman,” katanya ketika ditemui media di pekarangan bilik mayat Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan bedah siasat jenazah mangsa korban nahas berkenaan hanya akan dibuat esok selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut helikopter bertembung, terhempas

Penduduk dengar bunyi helikopter terhempas

Bangkai nahas helikopter dalam proses dibawa keluar

Latihan penerbangan tidak termasuk dalam aktiviti larangan PKPB

in Tragedi by

KUALA LUMPUR – Aktiviti latihan penerbangan termasuk di bawah kendalian syarikat swasta, tidak tersenarai dalam aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut sumber Kementerian Pengangkutan, aktiviti latihan penerbangan adalah dibenarkan sama seperti aktiviti latihan memandu bagi institut memandu.

“Ya. Sebab ia (latihan penerbangan) tidak termasuk dalam senarai yang tidak dibenarkan… akademi penerbangan boleh beroperasi mengikut SOP (prosedur operasi standard),” katanya ringkas kepada Bernama ketika ditanya sama ada latihan penerbangan boleh dijalankan semasa PKPB.

Semakan Bernama mendapati SOP bidang pengangkutan menyatakan perkhidmatan am penerbangan termasuk perniagaan dan operasi pesawat peribadi adalah dibenarkan, hanya aktiviti melibatkan kapal persiaran sahaja yang tidak dibenarkan ketika PKPB.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kami kenal jam arwah pakai’

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Dua maut helikopter bertembung, terhempas

Hari ini, negara dikejutkan dengan nahas dua helikopter bertembung di udara di Taman Melawati dekat Ampang yang menyebabkan satu daripadanya terhempas dan meragut dua nyawa kru pesawat manakala sebuah lagi sempat melakukan pendaratan cemas.

Nahas helikopter jenis G2CA (9M-HCA & 9MHCB) itu berlaku ketika kedua-duanya sedang melakukan latihan penerbangan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dengan setiap pesawat membawa dua kru. – Bernama

Bangkai nahas helikopter dalam proses dibawa keluar

in Tragedi by

AMPANG – Syarikat kendalian helikopter akan menguruskan bangkai nahas helikopter yang terhempas di Taman Melawati, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, proses peleraian sedang dijalankan sebelum dibawa keluar.

“Dijangka bangkai helikopter berkenaan akan dibawa keluar pada hari ini.

“Setakat ini pasukan bomba dan pasukan kendalian syarikat helikopter itu sedang mengetuk serpihan-serpihan bangkai helikopter untuk diletakkan ke atas sebuah treler,” katanya.

Tinjauan di lokasi mendapati proses untuk mengeluarkan bangkai helikopter itu menggunakan dua buah kren dan sebuah treler panjang.

Saksi sangka helikopter sedang buat tinjauan udara

in Tragedi by

KUALA LUMPUR – “Saya ingatkan kedua-dua helikopter berkenaan sedang melakukan tinjauan udara dengan terbang bersama, sebelum salah sebuah daripadanya melanggar ekor helikopter yang lain,” cerita seorang saksi yang melihat kemalangan dua helikopter di Taman Melawati pagi tadi.

Saksi berkenaan Puteri Nur Ilani Ismail, 25, berkata, ketika itu dia sedang mencari daun herba untuk kegunaan memasak, 500 meter daripada tempat salah sebuah helikopter berkenaan terhempas.

“Saya berada berdekatan Bulatan Bukit Mas di sini kira-kira 11.30 pagi dan terdengar bunyi helikopter sedang terbang.

“Tiba-tiba saya terlihat helikopter berwarna merah melanggar bahagian ekor helikopter berwarna biru, yang menyebabkan ia (ekor helikopter biru) patah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui berhampiran kawasan kejadian.

Katanya, helikopter biru itu kelihatan seakan-akan tidak mampu terbang secara sempurna selepas insiden tersebut, sebelum jatuh terhempas.

“Helikopter merah bagaimanapun dilihat turun secara perlahan-lahan di sebuah kawasan berdekatan,” katanya yang tinggal di kawasan berhampiran.

Seorang lagi saksi, Muhammad Taufik Rosli, 24, yang menetap di Jalan M4, Taman Melawati mengakui mendengar bunyi dentuman kuat kira-kira jam 11.40 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kami kenal jam arwah pakai’

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Dua maut helikopter bertembung, terhempas

Bercerita lanjut, Muhammad Taufik pada awalnya beranggapan dentuman kuat itu datang daripada kemalangan kereta yang berlaku di jalan utama Taman Melawati, namun terkejut apabila mendapati ia berpunca daripada sebuah helikopter yang jatuh terhempas.

“Laluan ini sememangnya adalah kawasan kemalangan kerana ia adalah jalan lurus. Jadi, saya ingat ada kemalangan kereta yang berlaku.

“Tetapi, apabila saya keluar dari rumah, saya lihat ada sebuah helikopter berwarna biru terhempas,” katanya.

Menurutnya, kawasan Taman Melawati sering kali menjadi tumpuan helikopter yang melakukan tinjauan udara terutama ketika terdapatnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki yang hilang atau jatuh di Bukit Tabur.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi, dua lelaki disahkan maut dalam nahas melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara, sebelum sebuah daripadanya terhempas di Taman Melawati, Ampang dekat sini. – Bernama

1 6 7 8
Kembali UTAMA