PORTAL SINARHARIAN

Edisi Sabah Sarawak

Tiga pemancing selamat berenang ke bagang ikan

KOTA KINABALU – Tiga pemancing ditemukan selamat selepas bot fiber mereka terbalik dipukul ombak di perairan Kampung Marasimsim, Kota Marudu semalam. Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Mohd Zubir Mat Som berkata Mohd Saderi Nurkin, 30, Fardarin Sunan, 39, dan Joennie Jubili, 29, ditemukan pasukan penyelamat pada jam 3… Berita Selanjutnya

Edisi Terengganu

Salah guna kuasa: Pengurus besar direman tujuh hari

KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md Saad selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan itu hari ini. Suspek berusia 53 tahun… Berita Selanjutnya

Edisi Utara

Loji air Pokok Sena dijangka siap November

POKOK SENA – Penduduk Pokok Sena kini mampu menarik nafas lega apabila loji rawatan air Syarikat Air Darul Aman (Sada) di Jabi, di sini  dijangka siap sepenuhnya  pada November nanti. Exco Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Badrol Hisham Hashim  berkata, loji rawatan yang mula dibina pada 2016 itu akan… Berita Selanjutnya

Edisi Terengganu

Geng samun guna spray racun serangga tumpas

BESUT –  Polis menumpaskan geng Boy Alza yang dikesan menggunakan penyembur cecair racun serangga terhadap mangsanya sebelum menyamun  di sekitar daerah ini yang aktif sejak sebulan lalu. Kumpulan terbabit dipercayai melakukan sekurang-kurangnya tujuh kes samun berjaya ditumpaskan berikutan penahanan tujuh lelaki termasuk ketuanya dalam tiga tangkapan berasingan sejak Khamis  sehingga awal pagi… Berita Selanjutnya

Nasional

Tekan dada diharam di sekolah

BANGI – Permainan ‘pass out challenge’ atau mati lima saat diharamkan dimainkan pelajar di sekolah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau  berkata arahan itu berkuat kuasa serta merta agar tidak berlarutan. “Pada saya ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka… Berita Selanjutnya

Nasional

UiTM tandatangan MoA dengan tiga universiti Asean

KOTA BHARU – Universiti Teknologi Mara Uitm menandatangani memorandum perjanjian antarabangsa Moa bersama tiga universiti Asean termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand dalam usaha memajukan bidang pendidikan sains sosial dan sains teknologi di sini hari ini. Naib Canselor Uitm, Prof Emeritus Dr. Hassan Said berkata perjanjian ini mengkhususkan bidang terbabit dengan tiga universiti… Berita Selanjutnya

Edisi Sabah Sarawak

Kematian ketua Abu Sayyaf diharap tamatkan penculikan

TAWAU – Kejayaan pihak keselamatan Filipina menembak mati ketua kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Isnilon Hapilon dalam pertempuran terbaharu di Marawi, selatan Filipina adalah satu perkembangan positif yang diharap dapat menamatkan insiden penculikan khasnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata ia… Berita Selanjutnya

Edisi Utara

P.Pinang gesa bina lebih banyak rumah mampu milik

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mahu kerajaan pusat membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri itu, terutamanya Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desanya Jagdeep Singh Deo berkata setakat ini pihaknya hanya menerima pengesahan dua projek PR1MA di negeri itu walaupun beberapa pengumuman dibuat sebelum… Berita Selanjutnya

Edisi Utara

Pokok timpa juga walaupun sudah tebang

KUALA KETIL – Sebatang pokok pelam tua tetap menghempap bumbung rumah tuannya hingga ranap biarpun keputusan menebang pokok berkenaan semalam kerana bimbang perkara tersebut berlaku. Penduduk, Yahya Hashim,71, berkata, keputusan menebang pokok pelam tua itu ditebang kerana khuatir ia menimpa bumbung rumah jika berlaku angin ribut. “Kita tebang sebab tak… Berita Selanjutnya

Edisi

Ajal di seberang Thailand

TUMPAT – “Kami tak tahu dia pergi Thailand malam tadi, biasanya dia kalau nak ke seberang Thailand dia pergi waktu siang,” kata Wan Rokiah Wan  Hussien, 55. Wan Rokiah merupakan kakak kepada rakyat Malaysia, Wan Mohd Zain Wan Hussien, 46, yang maut terkena tembakan di Che He, Tak Bai jam 10.30 malam… Berita Selanjutnya

Kembali UTAMA